Tuesday, December 29, 2009

Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010

Assalamualaikum w.b t..
Pejam celik..pejam celik..kita sudah sampai ke penghujung tahun 2009..Sehari dua lagi akan tiba tahun baru 2010..maka umur aku akan mengjangkau 40 tahun. 2009 banyak suka dan duka yang melanda hidup aku. 2009 banyak juga ikan-ikan yang menjadi mangsa joran aku..ikan ebek ada lah lebih kurang 20 ekor menjadi lauk pauk keluarga aku..
2009...aku masih lagi bekerja ditempat dan posisi yang sama seperti 2008, alhamdulillah..aku dapat mengurangkan kesilapan semasa bekerja..untuk menyara keluarga aku..2009..alhamdulillah aku dapat seorang anak lagi..menjadi 5 orang kesemuanya..2010..selamat datang aku ucapkan, akan aku isikannya dengan segala perkara yang berfaedah dan berguna untuk aku dan keluarga aku..Selamat datang dan selamat menyambut tahun baru kepada semua kawan-kawan aku..

Wednesday, December 09, 2009

my job



Wednesday, September 30, 2009

Trip Batu Bunyi Kijal


Tempat-Depan perairan Kijal

Jarak dengan pantai-1 km sahaja

Kedalaman air-10 meter

Awak-awak- Aku, Hj Pie dan Samsul

Jumlah tangkapan-Ebek 3 ekor, kerapu 15 ekor, ikan kunyit dan ikan kerisi.

Trip batu Bunyi Kijal


Sedang bermain dengan ikan kunyit/pinang...

Trip Batu Bunyi Kijal


Hj Pie dapat kerapu..

Trip Batu Bunyi Kijal


Alhamdulillah..aku dapat 3 ekor ebek..

Trip Batu Bunyi Kijal


Aku sedang mengajar ebek..

Trip Batu Bunyi Kijal


Juragan kami-Hj Pie

Majlis Sambutan Hari Raya Yayasan Said


Bergambar dengan Us Sukri bin Yusof

Majlis sambutan Hari Raya Yayasan Said


Pada hari raya ketiga yang lalu saya pada tahun ini berkesempatan untuk menghadiri majlis tersebut setelah 7 kali majlis itu diadakan setiap tahun. Bertempat di Masjid Sungai Durhaka K.Terengganu program untuk mengukuhkan silaturrahim keturunan Said telah diadakan dengan pada tahun ini 200 orang telah menghadirinya. Program yang diketuai oleh Us Ismail bin Ngah bermula dengan majlis tahlil, tazkirah,sumbangan hari raya dan berakhir dengan jamuan nasi gulai kawah. Semuga pada tahun depan saya akan dapat pergi kemajlis ini lagi. Ramai juga waris saya rupanya..

Trip Batu Bunyi

Friday, September 25, 2009

Selamat Hari Raya

Disini saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri..maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri saya terutama isteri-iateri dan anak-anak saya, saudara mara saya, kawan sekerja, kaki pancing dan teman-teman blogers semua. Kalau ada ruang jemputlah bertandang ke rumah saya..

Monday, June 29, 2009

Trip ngail ikan Talang.

Hari ini saya dan kawan saya iaitu Zull dan Mat Zin kelaut lagi. Naik bot Zul seperti gambar sebelah. Kelmarin Zull dapat 7 ekor ikan talang..paling kecil talang dia dapat seberat 2.5kg.
Hari ini kami ketempat yang sama berbekalkan udang hidup. Saya bawa 2 batang joran, Zull bawa 2 batang dan Mat Zin bawa 3 batang.
Jam 9 pagi kami pun sampai ke lubuk talang itu. Kami berebut hulurkan kail masing-masing. Tepat jam 11 pagi, joran Zull berdesing tali bunyi...Zull pun segera melayan jorannya. Akhirnya dia berjaya menaikkan ikan ebek seberat 3 kg. Puas hati dia..
12 tengahari joran saya pulak bongkak, saya berjaya menaikkan ikan jemuduk sebarat 1 kg je..
Jam 2 petang joran Mat Zin berdesing dengan rakusnya. Talang seberat 3.5 kg dinaikkan. Selang 15 minit joran Mat Zin bongkok lagi, talang 4 kg tewas lagi.
Saya dan Zull dapat juga ikan kerapu bunga 2 ekor, dan tepat jam 3 petang Zull berjaya menaikkan ikan jemuduk 1 kg..Jam 3.30 petang kami pun bertolak pulang...Ini lah hasil kelaut kami hari ini..

Zull sedang melayan kerenah ikan ebek..


Ikan ebek 3kg Zull..


Mat Zin sedang melayan ikan talang..cool je.


Mat Zin berjaya menaikkan ikan talang.


Ikan Talang-Satu ekor 3 kg.


Hasil ngail hari ni..


Monday, June 22, 2009

MAK CIK GEMUK BEACH RESORT-PULAU KAPAS


Trip ke Pulau Kapas, Terengganu.

Tempat penginapan: MAK CIK GEMUK RESORT
Harga pakej untuk: 3 hari 2 malam.

Harga bilik yang ada aircond untuk 3 orang ialah RM250 seorang.
Harga bilik yang ada aircond untuk 2 orang ialah RM280 seorang.
Harga bilik yang ada kipas untuk 3 orang ialah RM220 seorang.
Harga bilik yang ada kipas untuk 2 orang ialah RM240 seorang.

Harga diatas sudah termasuk:
Makan tengahari-Hari pertama.
Makan malam-Hari pertama.
Makan pagi-Hari kedua.
Makan tengahari-Hari kedua.
Makan malam-Hari kedua.
Makan pagi-Hari ketiga.
Bot untuk pergi dan balik.

Trip To Pulau Kapas-Harga tambahan.

Kepada pengunjung, Mak Cik Gemuk Resort juga menyediakan perkhidmatan yang tidak termasuk dalam pakej iaitu:

Trip candat sotong-Harga sewa bot untuk 1 malam ialah RM600.00. Masa ialah antara jam 6 ptg-7 pg. Bot ini sudah disediakan life jacket dan peralatan mencandat sotong.

Peralatan snorkling-Harga sewa untuk 1 set ialah RM25.00.

Program BBQ-Bayaran untuk setiap seorang ialah sebanyak RM25 sahaja.

Kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke Pulau Kapas dan menetap di Mak Cik Gemuk Resort, bolehlah menghubungi saya.


.


BBQ Di Pulau Kapas


Snorkling Di Pulau Kapas


Keindahan Pulau Kapas


Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa..

Hari ini tiba-tiba aku mendapat ucapan Selamat Hari Bapa dari 4 orang anak ku..yang seorang lagi baru berusia 3 bln, jadi mak dia tolong ucap lah.
Tak sangka pulak ada Hari Bapa..ingat ke ada hari ibu je. Terima kasih anak-anak ku semua. Ayah berjanji akan menjadi seorang bapa yang baik. Kepada ayah aku yang telah 13 tahun kembali ke rahmatullah..al fatehah aku ucapkan. Semuga ayah ada bersama-sama dengan orang-orang soleh dan sentiasa dilindungi Allah SWT hendak Nya. Amin. sedih pulak rasa bila teringat kat ayah. Ye lah..orang lain ada ayah dan blh ucapkan Hari Bapa..tapi aku..aku sudah tiada lagi ibu dan bapa. Yang ada hanya ibu dan bapa mertua.
Ok lah..Selamat Menyambut Hari Bapa 2009..

Friday, June 19, 2009

Pergi Kelaut Tangkap Ikan Bilis.

Hari ini saya tak kerja, jadi saya menggunakan peluang ini untuk joint bot kawan saya untuk pergi menangkap ikan bilis dilautan Kijal. Nama juragan bot ini ialah Kassim. Bot kassim ini hari ini mempunyai awak-awak seramai 12 orang termasuk saya. Tepat jam 8.30 pagi, b0t kami telah menemui satu kawanan ikan bilis. Kawanan ikan bilis ini dikesan menggunakan scanner. Kami pun terus menurunkan pukat dan akhirnya 5 raga ikan bilis telah terperangkap didalam keroncong. Tepat jam 10 pagi satu kawanan ikan bilis kami jumpa lagi dan 7 raga ikan bilis kami dapat. Satu raga ikan bilis adalah seberat 100 kg bilis mentah. Kami pulang ke pengkalan pada pukul 11 pagi. hari ini hari jumaat, jadi kami kena balik awal. Alhamdulillah..hasil hari ini kira ok jugak lah. Awak-awak dapatlah sekitar RM40 seorang..saya tak ambil duit..saya pergi kerana hobi..
Dibawah ini saya terangkan sedikit macam mana ikan bilis didalam nasi lemak yang kita makan tu dihasilkan..kepada sesiapa yang nak merasai pengalaman ikan bilis ditangkap, bolehlah menghubungi saya. Percuma je..

Bot Kassim- Bot tangkap ikan bilis.


Kawanan ikan bilis dikesan menggunakan scanner.


Ikan bilis terperangkap didalam keroncong.


Ikan bilis ditangkap menggunakan pukat.


Ikan bilis diletakkan kedalam bakul sblm direbus.


Ikan bilis direbus dengan air garam.


Ikan bilis dibiarkan sejuk sblm dijemur..


Ikan bilis dijemur..selepas ini blh dijual lah..


Tuesday, June 16, 2009

Bot untuk disewa...



Bot fibreglass kawan saya ini panjangnya 22 kaki dan lebarnya 6 kaki. Mampu membawa pemancing 5 orang. Mempunyai enjin 70 kuasa kuda. Juga ada scanner untuk mengesan ikan didasar laut. Harga sewa adalah RM400 untuk 12 jam.
Saya pernah ikut kawan saya ini pergi memancing..best sangat-sangat !! Dengan kelajuan enjin nya..terasa dekat je sampai ke destinasi memancing. Bot pulak lega dan boleh baring..tak panas pulak tu sebab ada bumbung. Kira ok lah bot ini..

Fighting Sail Fish 13 Kg

Saturday, June 13, 2009

Jadual Trip Memancing/candat sotong.

Jadual trip 12 jam.
1630: Berkumpul di jeti dan punggah barang ke dalam bot.
1700: Bot bertolak ke destinasi memancing/candat sotong.
1800: Bermula acara memancing/candat sotong.
0700: Bertolak balik ke jeti.
0800: Tiba ke jeti dan berakhir trip.

Jadual trip 24 jam.
0730: Berkumpul di jeti dan punggah barang ke dalam bot.
0800: Bot bertolak ke destinasi memancing/candat sotong.
1000:Acara memancing di unjang/batu karang bermula.
1900: Mencari lubuk sotong atau batu karang.
2000:Acara memancing/candat sotong bermula.
0700:Bertolak balik ke jeti dan trip berakhir.

Trip Memancing..kenali bot 2

Bot ini lebih besar dari bot 1..Mampu menampung pemancing seramai 10 orang maximum. Juga mempunyai kelengkapan memasak, gps,scanner dan wireless. Kalau hujan tidak perlu risau sebab rumah dia besar dan lega. Blh tidur kat dalam. Payah untuk orang lain sewa, tp kalau saya nak sewa blh je. Harga sewa untuk trip 12 jam ialah RM1000.00 dan untuk 24 jam RM2000.00.
Pemancing perlu membawa sendiri life jacket. Bkn ape..demi keselamatan pemancing juga.

Trip Memancing..kenali bot 2


Trip memancing..kenali bot 1

Bot ini amat sesuai untuk aktiviti memancing seramai 8 orang maximum. Mempunyai peralatan canggih seperti scanner,gps dan wireless. Juga mempunyai kelengkapan untuk memasak. Bagi penyewa hanya perlu membawa bahan untuk memasak dan tukang masak sahaja. Harga sewa untuk trip 12 jam hanya RM800.00 dan untuk trip 24 jam hanya RM1600.00 sahaja. Pemancing juga perlu membawa life jacket demi keselamatan pemancing.


Tuesday, June 02, 2009

Dimana silap nya..


Saya baru balik dari K.Terengganu ni, sejak dari kelmarin doh saya ada kat K.T..saya tido kt rumah kakak ipar saya di Kg Gong Badak. Pagi tadi selepas makan pagi saya tidur je..rasa ngantuk saya tido aje lah..tak dok benda nak buat retek. Pada kul 10.oo pagi saya pun bangun sebab panas sangat rumah tu. Saya pun terserempak dengan biras saya..biras saya kata dok g tengok stadium runtuh ke ? Terkejut saya dengan soalan tu..saya tanya stadium mana ? dia jawab stadium sultan mizan. Terkejut saya dengan kata-kata dia tu..Tp dia kata dok leh g kat stadium sebab polis sudah sekat jalan ke stadium. Tak pe lah..Kul 1.30 saya dengar berita jam 1.30 kat tv3..Memang betul kejadian itu berlaku.


Sebelah petang saya sekeluarga ke rumah kawan isteri di Kg Teluk Ketapang. Jadi kena lalu ikut jalan tepi stadium. Memang betul lah stadium tu runtuh tp bukan bangunan runtuh, yang runtuh hanya bumbung dia je..Ngeri gok tengok. Nasib baik tak dok apa-apa acara kt stadium. Kira nasib baik jugak lah. dalam berita pun dok royak pun orang cedera. Cuma dia kata 60% bumbung runtuh.


Kawan isteri saya ada cerita pasal bumbung stadium tu runtuh. Rmh dia dekat je dgn stadium tu. Dia ingat bunyi kapal terbang lalu, rupa-rupanya bumbung stadium runtuh. Dia hok lalu hari-hari kt tepi stadium tu memang perasan doh yang bumbung tu semakin hari semakin senget je..tp dia ingat tak dok menda yang akan berlaku..


Persoalannya..mcm mane stadium yang harga di dekat RM300 juta ni bumbung dia boleh runtuh...!!! Kita tunggu lah siasatan dari pihak berwajib.



Sunday, May 31, 2009

Sewa bot: Trip Memancing atau Candat Sotong

Kalu kawan-kawan kaki pancing terasa nak menduga arus di perairan Kemaman bolehlah berhubung dengan saya. Saya kenal jugaklah beberapa orang tekong bot yang akan dapat memuaskan hati kaki pancing..maknanya payoh nak balik kosonglah. Harga sewa adalah sekitar RM500-RM1500 bergantung pada size bot. Biasanya sewa bermula pada jam 3 ptg dan berakhir pada jam 10.00 pagi keesokkannya. Kebanyakkan bot yang saya tahu ni ada kelengkapan seperti gprs, scanner/radar dan kelengkapan memasak. Cuma life jacket je penyewa kena bawa sendiri. Jumlah kaki pancing untuk sebuah bot adalah antara 6-8 orang, bergantung pada size bot.


Sekarang ni di sekitar perairan Kemaman adalah musim mencandat sotong dan mengail ikan tenggiri. Hasil untuk satu malam adalah sekitar 40-100 kg untuk satu malam. Bergantung jugak pada sotong sama ada nak hinggap atau tidak.

Yang bestnya tekong yang saya kenali ini akan berusaha untuk memuaskan kaki pancing, maknanya tekong ini tidak akan duk saje lah kalu hasil tidak menggalakkan.

Kepada kaki pancing, hubungilah saya kalu nak buat trip memancing atau mencandat sotong...

Saturday, May 23, 2009

Trip Memancing 23/5/09

Hari ini tepat jam 3.00 ptg kami seramai 18 orang lelaki dan perempuan telah sekali lagi membuat trip memancing. Saya kali ini menjadi guide untuk kaki pancing yang semuanya datang dari K.L. Mereka ini adalah kawan kepada kawan saya. Antara mereka yang menyertai trip ini termasuklah dua orang berpangkat Dato. Kelengkapan dan bekalan yang mereka bawa adalah banyak sekali seolah tak nak balik satu minggu. Kumpulan kami ini kami pecahkan kepada dua buah bot. Bot yang saya naik dan jadi guide ini kebanyakannya perempuan kerana bot ini ada tandas. Jadi senanglah untuk perempuan buang air. Orang laki senang je nak buang..
Tapi sayang trip kami kali ini terutama sekali bot yang saya jadi guide ini hasil tangkapan teramatlah tidak menggalakkan. Hasilnya hanyalah ikan kerisi dalam 20 ekor dan sotong 10 ekor. Ini mungkin kerana generator yang tak mahu hidup. Candat sotong kena ada lampu. Tak ada lampu boleh balik awal lah. Jadi kami pun balik awal. Pukul 9 malam kami sudah berada di restoren untuk makan malam. Habis dekat RM600 Dato belanja.
Bot yang satu lagi hasilnya boleh tahan..dapatlah sotong 20 kg dan seekor ikan haruan tasik seberat 13kg. Best jugak layan tu...
Beginilah trip kami kali ini..lain kali saya akan pastikan generator berada dalam keadaan teramat ok..kesian kepada kawan-kawan(sekarang dah jadi kawan) dari K.L yang sanggup datang dari jauh untuk memancing tapi tidak dapat apa yang diharapkan..yang pasti ini adalah ujian dan rezeki dari Allah swt belaka..Kita hanya mampu merancang sahaja.....

Bot Trip Memancing 23/5/09


Isteri Dato dapat ikan..


Dato Kamarudin Mohd Noor sekeluarga.


Trip Memancing 23/5/09


Thursday, May 21, 2009

"Monsoon Cup" Tak Habis-Habis Lagi..

Pertemuan ADUN BN dengan ketua perhubungan Umno Terengganu

Datuk Seri Hishammudin Hussein malam tadi belum menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut politik di negeri itu, kata ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad.Nawi yang turut menghadiri pertemuan tersebut di pejabat Hishammmudin di Putrajaya, mendakwa masih sukar untuk dua kumpulan penyokong yang saling bertentangan itu, untuk berbaik-baik semula.Dua kumpulan tersebut terdiri daripada penyokong Menteri Besar Datuk Ahmad Said dan satu lagi bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. "Tiada jalan lain (untuk penyelesaian) melainkan pucuk pimpinan tertinggi melihat punca kemarahan ADUN-ADUN Terengganu sehingga mencetuskan kemelut tersebut."Mereka kena tengok prestasi Ahmad sebagai menteri besar, Ini perkara yang penting," katanya.Sebelum ini, sebahagian ADUN BN Terengganu mahu Ahmad digantikan atas alasan tidak berkeupayaan mentadbir negeri itu.Manakala 10 daripada mereka tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini apabila tiga daripada mereka menerima SMS ugutan.Bagaimanapun mereka menghadiri hari terakhir sidang DUN tersebut atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Malam tadi Hishammuddin yang juga naib presiden Umno mengadakan pertemuan berasingan dengan ketua-ketua Umno bahagian dan kemudiannya diikuti pertemuan dengan ADUN BN Terengganu.
Setuju selesai masalah
Sementara itu, ketua Umno bahagian Dungun Datuk Rosli Mat Hassan, ketika ditemui malam tadi, mendakwa semua ketua Umno bahagian tidak ada masalah dengan Ahmad.Beliau juga mendakwa tidak berlaku kemelut politik yang berlaku di negeri itu sebagaimana yang digembar-gemburkan.Rosli berkata, dalam pertemuan itu, semua ketua bahagian, termasuk Idris (Besut) setuju dengan permintaan Hishammuddin supaya mereka sama-sama menyelesaikan kemelut tersebut.
Difahamkan dalam pertemuan semalam, tiga ADUN - Rosol (Ajil), Zakaria Ariffin@ Abdullah (Paka) dan Datuk Din Adam (Bukit Besi) - bercakap panjang lebar mengenai kemelut politik Terengganu.Beberapa ADUN lain turut mencelah, tetapi Idris dan Ahmad yang hadir sama dalam pertemuan tersebut, hanya sekadar mendengar sahaja.Idris dan Ahmad kelihatan keluar bersama tetapi tidak bercakap ketika menuju ke kereta masing-masing, selepas tamat pertemuan tersebut.Kedua-dua mereka enggan ditemubual media untuk mendapatkan pandangan mengenai hasil pertemuan dengan Hishammuddin malam tadi. malaysiakini

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru 2009


Abadi Dalam Harum Nama


Guru pendidik mulia

sudah berabad lalu

bermandi keringat

meniti gigi hari

mendaki puncak tinggi

di merata lurah dan denai

menabur bakti

tanpa mau dipeduli.


Guru pendidik mulia

bukan untuk dipuja

atau di dewa-dewa

siang dan malamnya

dalah perjuangan

juarela meluah bahagia

menelan duka nestapa

dengan senyum dan takwa

biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia

laksana kuntum kembang mekar

memuncak nama pembela

sejahtera abadi dalam harum nama.

Tuesday, May 12, 2009


Enjoy the jig squid.


Sail Fish 13 kg.


Ebek 3 kg




More fishing trip picture..


Monday, May 11, 2009

Kemalangan di Kijal..

Petang tadi satu kemalangan ngeri telah berlaku di Kg Darat Air Puteh Kijal. Sebuah kereta Kancil telah merempuh sebuah lori yang parking di tepi jalan. 3 orang telah terbunuh dan seorang cedera. Kesemua mereka adalah kawan saya. Mereka yang terbunuh ialah:
1-Cina Ang-adik apek. Pemandu Kancil. Abg mendian Ang telah lama memeluk Islam. Ang telah terbunuh ditempat kejadian.
2-CW Mohd Nizam bin CW Hamid-Kawan sekolah dan sepermainan saya. Alfatehah untuk beliau.
3-Anak saudara Ang iaitu anak apek.

Yang cedera adalah anak saudara Ang.

Merekadi katakan dalam perjalan pulang dari mengambil anak saudara Ang (anak apek) dari sekolah. Orang kijal kenal dengan mereka semua ini.

Saturday, May 09, 2009

Trip memancing..Alhamdulillah..


Pada petang 8 Mei aku dan geng aku lebih kurang 18 orang telah menyertai trip mencandat dan memancing di lautan sekitar 1 jam perjalanan dari Kuala Kemaman. Kami membawa bekal yang banyak sekali seolah tidak mahu balik, penganjur juga amat baik dengan memberi bekalan makanan dan minuman. Kami juga diberi life jacket. Safety kena jaga jugak.


Pada jam 3 petang kami berkumpul di jeti perikanan Kuala Kemaman, kumpulan kami telah dipecahkan kepada 3 kumpulan, 1 kumpulan untuk sebuah bot..Geng-geng bot aku ialah ling,man,die,rif,nong dan yub..tekong aku bernama majid dan pembantunya tajul. 3.3o petang kami pun berlepas dari jeti menuju lautan luas.


Setengah jam perjalanan seorang geng kami Man telah khekoh bira(mabuk laut)..kami gelak je sebab dia ni memang kaki pancing, tak sangka pulak akan mabuk !


Satu jam perjalanan kami pun sampai ke lokasi mencandat. Tekong mencadangkan kami ke unjang dulu sebab masih terlalu awal untuk mencandat. Tapi malang, ikan di unjang tidak sentuh pun apollo yang kami hulurkan..tekong kata sebab air jernih dan arus deras. Kami terus mencadangkan agar kami terus ke tempat mencandat sotong. Sampai disana, kami dapati sudah ada 2 buah bot nelayan dan kami tengok mereka sedang mengail tenggiri sambil mencandat sotong. Kami terus memulakan operasi mencandat. Dapat saje sotong saya terus menyangkut di mata kail ikan tenggiri yang saya telah persiapkan awal-awal lagi..Saya berdoa semuga si panjang itu akan menarik joran aku.. Kami terus mencandat, tiba-tiba jorang tenggiri aku bongkok..aku terus memegang joran aku, tapi sayang tenggiri jenis ikan cerdik..dia makan umpan je, mata kail dia tidak telan..begitu juga dengan joran tenggiri kawan aku Ling..


Kami terus mencandat..Jam 9 malam ribut melanda bot kami dengan kuat nya..mcm nak tenggelam bot kami ! Geng-geng aku semua sudah masuk berteduh ke dalam rumah bot. Aku dengan Rif tak muat dah nak masuk. Nasib baik aku dan Rif ada bawa baju hujan. 2 jam ribut melanda..akhirnya ribut pun reda..


Kami pun terus mencandat, tapi hanya tinggal berempat sahaja..ada yang tidur dan si Man ni tak habis-habis lagi dengan mabuk free nya tu...


Sampai pagi kami mencandat sotong..anggaran hasil adalah sebanyak 40 kg..ok lah tu sebab sekarang bukan musim sotong kata tekong. Tekong juga terkejut kami dapat sotong sebanyak itu. Dia tidak tahu sebab dia tidur je.


Pada jam 8 pagi, tiba joran tenggiri yang aku sangkut dengan sotong segar telah merentap joran aku dengan rakus sekali..berdesing bunyi spool mesin joran aku. Aku pun terus membalasnya..aku sangka ikan tenggiri rupa-rupanya ikan layaran ! Aku bertarung selam 20 minit dan sempat pulak ikan itu berpusing bot kami sebanyak dua pusingan..akhirnya ikan itu tewas juga kat aku..ikan paling besar aku dapat seumur hidup aku..aku telah dapat lesen kelas A..kata kaki pancing. ikan layaran ini seberat 13 kg je..


Selepas itu kami berpindah pula ke lubuk ikan besa-besar pula iaitu di atas batu. setengah jam menunggu setelah aku buat naik dua ekor anak ebek, tiba-tiba pesta menaikkan ikan besar pun bermula..Die menaikkan ikan bayan seberat 4 kg, Ling ikan gerong pulau 1.5 kg, Rif ikan ebek 2 kg dan gerong pulau 1.5 kg, aku menaikkan lagi ikan ebek 3 kg dan tasik 1 kg..Hasilnya taklah besar mane pun..Nong dan Man tak dapat ape-ape. Man jadi tukang ambik gambar je..Man hanya boleh berdiri sebab orang mabuk tidak boleh tunduk.


Tepat jam 11 pagi kami pun bertolak pulang. dalam perjalanan pulang, Rif menjadi tukang bagi hasil tangkapan. Kami bertujuh menbawa pulang 5 kg sotong seorang dan ikan. Aku bawa pulang ikan ebek yang 3 kg itu..Alhamdulillah !! Bot kami membawa pulang hasil yang memuaskan..

Trip memancing..aku dan geng.


Gambar trip memancing..


IKLAN

Pelaris orangkijal

Labels


 

Design by Amanda @ Blogger Buster