Wednesday, June 30, 2010

HOMESTAY KEMAMAN


Alamat :

4899 Taman Melor 2,
Jalan Tanjung,
24000 Kemaman, Terengganu

Kelengkapan asas:

> 3 bilik tidur.
> Master bedroom dilengkapi aircond.
> 2 bilik dilengkapi kipas siling.
> 2 katil queen size & 1 katil single
> 2 bilik air/water heater dan tandas.
> Bilik dilengkapi dengan almari pakaian dan meja solek.
> Bantal tambahan disediakan bersama blanket/Toto.
> Sterika di sediakan.
> Sabun mandi disediakan.
> Air Mineral.

Ruang tamu.
> set Sofa dan TV disediakan.

Ruang Dapur.
> Set meja makan.
> Dilengkapi dengan mesin basuh, petisejuk, Rice Cooker, Cerek Letrik dan perkakasan asas lain-lain.


Lokasi berhampiran
> 3 minit ke Hospital Kemaman

> 5 minit ke bandar chukai.
> 10 minit ke Kemaman Supply Base (KSB) dan pelabuhan Kemaman.
> 15 Minit ke kaw. Perindustrian Teluk Kalong dan TATI.
> 25 Minit Ke Awana Kijal Hotel
> 20 Minit ke Pusat Peranginan Cherating
> 10 minit ke Pantai Monica Bay (Teluk Mak Nik) dan Kedai makan otak-otak, satar di Kuala
Kemaman.

Halaman Rumah
> Muat untuk 2 buah kereta.

Kadar Sewa.
> RM 200.00(2H 1M) / RM 380 (3H 2M)
> RM 530.00(4H 3M)
> Sewa Mingguan dan bulanan dengan diskaun yang menarik

Untuk sebarang pertanyaan dan booking
Sila hubungi : 019 9154847/017 9227773


Monday, June 28, 2010

Penkalan GP..Kg Pengkalan Sir Kemaman.

Disinilah pengkalan GP..tempat bot aku berlabuh dan tempat aku lepak bersama kawan-kawan kaki pancing..

Kami juga menyediakan perkhidmatan menjual udang hidup untuk kaki pancing..hubungilah no hp tu untuk tempahan atau pertanyaan..

Udang hidup ada dijual di Pengkalan GP..harga bergantung pada size..

Rezeki nelayan Kijal hari ini..

Bot nelayan Kijal sdg dalam perjalanan pulang untuk hantar hasil tangkapan ikan selar sebanyak 2000 kg..saiz ikan dlm 5 ekor satu kg. Dlm gbr tu blh npk bot yg ditunda itu sarat dgn hasil..ini lah rezeki dilaut..ada masa dapat byk dan ada masa tak dpt ape-ape pun...Inilah kehidupan nelayan Kijal dan orang kijal..

Ikan selar di pikul untuk dihantar ke "bangsal"..sebanyak 20 raga diusung oleh awak-awak. Sekali usung dapat RM2.50 sorang..Atas hamparan tikar tu ada juga ikan bilis sdg dijemur..lama aku dok g mukat..rindu rasa.

Ikan selar segar baru dinaikkan untuk diproses..sblm dihantar ke pasaran..

Tinggal bot je..enjin dah dicuri orang..pulang kan lah !!

Sunday, June 27, 2010

Petua Memancing 1 oleh Pak Nuri

Jangan Memancing ketika ribut petir.
KU sangka cuaca cerah hingga ke petang, rupanya mendung di tengah hari. Bagi kaki pancing apabila mendung tiba, itulah petanda ribut akan turun. Bagaimanapun, sebelum ribut, pastinya kilat menyambar dulu.
KU sangka cuaca cerah hingga ke petang, rupanya mendung di tengah hari. Bagi kaki pancing apabila mendung tiba, itulah petanda ribut akan turun. Bagaimanapun, sebelum ribut, pastinya kilat menyambar dulu.Petua Pak Nuri kali ini mengajak pemancing berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai cuaca sebelum mereka memancing - sama ada di laut, sungai, tasik, parit atau kolam komersial.Ketika cuaca kurang baik seperti guruh dan kilat sabung-menyabung, pemancing dinasihatkan tidak meneruskan aktiviti memancing terutama mereka yang menggunakan kekili elektrik berkuasa bateri. Ini kerana dikhuatiri kekili akan disambar petir lalu berlakunya renjatan elektrik.
Keadaan ini boleh membahayakan pemancing, namun ikhtiar perlu dilakukan serta merta dengan melepaskan joran pancing daripada tangan tapi tidaklah dicampak ke laut.Kumpulan pemancing yang menggelarkan diri mereka ‘Pemburu Ombak’ yang diketuai anak keluarga nelayan, Atan Lintang, pernah mengalami peristiwa disambar petir pada batang joran pancing yang menggunakan kekili elektrik. Mangsa yang terkena renjatan elektrik itu jatuh pengsan, tapi segera dipulihkan rakan pemancing yang berpengalaman.Sehubungan itu, atas beberapa faktor dan demi keselamatan pemancing, Pak Nuri berpesan pemancing mengelak daripada melakukan aktiviti memancing ketika cuaca guruh dan kilat, biarpun pada ketika itu ikan galak memburu umpan.Bagi pemancing di darat seperti di tepi tasik, tebing sungai atau lombong, sebaik-baiknya mengelakkan diri daripada berteduh di bawah pokok rendang atau terdedah di tanah lapang kerana dikhuatiri disambar petir.

Saturday, June 26, 2010

Rezeki kawan-kawan May 2010-Pengkalan GP











Rezeki kawan-kawan May 2010-Pengkalan GP

Rezeki kawan-kawan Mac 2010-Pengkalan GP

















Kawan-kawan aku







Friday, June 25, 2010

Pulang kan lah....

Kat gambar bawah ni ada sebuah enjin sangkut jenis Yamaha 30 kuasa kuda dan satu lagi gambar kawan saya sedang memancing dengan bot dan enjin Yamaha 15 kuasa kuda.
Pada malam 21/6/10 yang lalu kedua-dua enjin ini telah dicuri orang ketika semua orang sedang nyenyak tidur. Kejadian berlaku antara jam 4-6 pagi. Kerugian dianggarkan sebanyak 5 ribu. Enjin bot saya juga nyaris dicuri pada malam itu. Laporan polis telah dibuat oleh kawan saya.
Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat bolehlah menghubungi saya atau polis terdekat. Kesian kat kawan saya itu..kepada pencuri enjin itu, pulang kan lah HAK orang itu...

Pulang lah...

Pada 21/6/2010 kawan saya telah kehilangan 2 buah enjin sangkut jenis Yamaha berkuasa kuda 15 dan 30 seperti dalam gambar diatas. Kejadian atau kecurian itu berlaku antara jam 3-5 pagi. Kepada si Pencuri..Pulangkan lah enjin itu..tidak baik mencuri HAK orang..Kepada kawan-kawan yang membaca blog ini sekiranya mendapat maklumat tentang enjin ini bolehlah menghubungi saya atau Balai Polis terdekat.


IKLAN

Pelaris orangkijal

Labels


 

Design by Amanda @ Blogger Buster