Sunday, May 31, 2009

Sewa bot: Trip Memancing atau Candat Sotong

Kalu kawan-kawan kaki pancing terasa nak menduga arus di perairan Kemaman bolehlah berhubung dengan saya. Saya kenal jugaklah beberapa orang tekong bot yang akan dapat memuaskan hati kaki pancing..maknanya payoh nak balik kosonglah. Harga sewa adalah sekitar RM500-RM1500 bergantung pada size bot. Biasanya sewa bermula pada jam 3 ptg dan berakhir pada jam 10.00 pagi keesokkannya. Kebanyakkan bot yang saya tahu ni ada kelengkapan seperti gprs, scanner/radar dan kelengkapan memasak. Cuma life jacket je penyewa kena bawa sendiri. Jumlah kaki pancing untuk sebuah bot adalah antara 6-8 orang, bergantung pada size bot.


Sekarang ni di sekitar perairan Kemaman adalah musim mencandat sotong dan mengail ikan tenggiri. Hasil untuk satu malam adalah sekitar 40-100 kg untuk satu malam. Bergantung jugak pada sotong sama ada nak hinggap atau tidak.

Yang bestnya tekong yang saya kenali ini akan berusaha untuk memuaskan kaki pancing, maknanya tekong ini tidak akan duk saje lah kalu hasil tidak menggalakkan.

Kepada kaki pancing, hubungilah saya kalu nak buat trip memancing atau mencandat sotong...

Saturday, May 23, 2009

Trip Memancing 23/5/09

Hari ini tepat jam 3.00 ptg kami seramai 18 orang lelaki dan perempuan telah sekali lagi membuat trip memancing. Saya kali ini menjadi guide untuk kaki pancing yang semuanya datang dari K.L. Mereka ini adalah kawan kepada kawan saya. Antara mereka yang menyertai trip ini termasuklah dua orang berpangkat Dato. Kelengkapan dan bekalan yang mereka bawa adalah banyak sekali seolah tak nak balik satu minggu. Kumpulan kami ini kami pecahkan kepada dua buah bot. Bot yang saya naik dan jadi guide ini kebanyakannya perempuan kerana bot ini ada tandas. Jadi senanglah untuk perempuan buang air. Orang laki senang je nak buang..
Tapi sayang trip kami kali ini terutama sekali bot yang saya jadi guide ini hasil tangkapan teramatlah tidak menggalakkan. Hasilnya hanyalah ikan kerisi dalam 20 ekor dan sotong 10 ekor. Ini mungkin kerana generator yang tak mahu hidup. Candat sotong kena ada lampu. Tak ada lampu boleh balik awal lah. Jadi kami pun balik awal. Pukul 9 malam kami sudah berada di restoren untuk makan malam. Habis dekat RM600 Dato belanja.
Bot yang satu lagi hasilnya boleh tahan..dapatlah sotong 20 kg dan seekor ikan haruan tasik seberat 13kg. Best jugak layan tu...
Beginilah trip kami kali ini..lain kali saya akan pastikan generator berada dalam keadaan teramat ok..kesian kepada kawan-kawan(sekarang dah jadi kawan) dari K.L yang sanggup datang dari jauh untuk memancing tapi tidak dapat apa yang diharapkan..yang pasti ini adalah ujian dan rezeki dari Allah swt belaka..Kita hanya mampu merancang sahaja.....

Bot Trip Memancing 23/5/09


Isteri Dato dapat ikan..


Dato Kamarudin Mohd Noor sekeluarga.


Trip Memancing 23/5/09


Thursday, May 21, 2009

"Monsoon Cup" Tak Habis-Habis Lagi..

Pertemuan ADUN BN dengan ketua perhubungan Umno Terengganu

Datuk Seri Hishammudin Hussein malam tadi belum menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut politik di negeri itu, kata ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad.Nawi yang turut menghadiri pertemuan tersebut di pejabat Hishammmudin di Putrajaya, mendakwa masih sukar untuk dua kumpulan penyokong yang saling bertentangan itu, untuk berbaik-baik semula.Dua kumpulan tersebut terdiri daripada penyokong Menteri Besar Datuk Ahmad Said dan satu lagi bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. "Tiada jalan lain (untuk penyelesaian) melainkan pucuk pimpinan tertinggi melihat punca kemarahan ADUN-ADUN Terengganu sehingga mencetuskan kemelut tersebut."Mereka kena tengok prestasi Ahmad sebagai menteri besar, Ini perkara yang penting," katanya.Sebelum ini, sebahagian ADUN BN Terengganu mahu Ahmad digantikan atas alasan tidak berkeupayaan mentadbir negeri itu.Manakala 10 daripada mereka tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini apabila tiga daripada mereka menerima SMS ugutan.Bagaimanapun mereka menghadiri hari terakhir sidang DUN tersebut atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Malam tadi Hishammuddin yang juga naib presiden Umno mengadakan pertemuan berasingan dengan ketua-ketua Umno bahagian dan kemudiannya diikuti pertemuan dengan ADUN BN Terengganu.
Setuju selesai masalah
Sementara itu, ketua Umno bahagian Dungun Datuk Rosli Mat Hassan, ketika ditemui malam tadi, mendakwa semua ketua Umno bahagian tidak ada masalah dengan Ahmad.Beliau juga mendakwa tidak berlaku kemelut politik yang berlaku di negeri itu sebagaimana yang digembar-gemburkan.Rosli berkata, dalam pertemuan itu, semua ketua bahagian, termasuk Idris (Besut) setuju dengan permintaan Hishammuddin supaya mereka sama-sama menyelesaikan kemelut tersebut.
Difahamkan dalam pertemuan semalam, tiga ADUN - Rosol (Ajil), Zakaria Ariffin@ Abdullah (Paka) dan Datuk Din Adam (Bukit Besi) - bercakap panjang lebar mengenai kemelut politik Terengganu.Beberapa ADUN lain turut mencelah, tetapi Idris dan Ahmad yang hadir sama dalam pertemuan tersebut, hanya sekadar mendengar sahaja.Idris dan Ahmad kelihatan keluar bersama tetapi tidak bercakap ketika menuju ke kereta masing-masing, selepas tamat pertemuan tersebut.Kedua-dua mereka enggan ditemubual media untuk mendapatkan pandangan mengenai hasil pertemuan dengan Hishammuddin malam tadi. malaysiakini

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru 2009


Abadi Dalam Harum Nama


Guru pendidik mulia

sudah berabad lalu

bermandi keringat

meniti gigi hari

mendaki puncak tinggi

di merata lurah dan denai

menabur bakti

tanpa mau dipeduli.


Guru pendidik mulia

bukan untuk dipuja

atau di dewa-dewa

siang dan malamnya

dalah perjuangan

juarela meluah bahagia

menelan duka nestapa

dengan senyum dan takwa

biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia

laksana kuntum kembang mekar

memuncak nama pembela

sejahtera abadi dalam harum nama.

Tuesday, May 12, 2009


Enjoy the jig squid.


Sail Fish 13 kg.


Ebek 3 kg




More fishing trip picture..


Monday, May 11, 2009

Kemalangan di Kijal..

Petang tadi satu kemalangan ngeri telah berlaku di Kg Darat Air Puteh Kijal. Sebuah kereta Kancil telah merempuh sebuah lori yang parking di tepi jalan. 3 orang telah terbunuh dan seorang cedera. Kesemua mereka adalah kawan saya. Mereka yang terbunuh ialah:
1-Cina Ang-adik apek. Pemandu Kancil. Abg mendian Ang telah lama memeluk Islam. Ang telah terbunuh ditempat kejadian.
2-CW Mohd Nizam bin CW Hamid-Kawan sekolah dan sepermainan saya. Alfatehah untuk beliau.
3-Anak saudara Ang iaitu anak apek.

Yang cedera adalah anak saudara Ang.

Merekadi katakan dalam perjalan pulang dari mengambil anak saudara Ang (anak apek) dari sekolah. Orang kijal kenal dengan mereka semua ini.

Saturday, May 09, 2009

Trip memancing..Alhamdulillah..


Pada petang 8 Mei aku dan geng aku lebih kurang 18 orang telah menyertai trip mencandat dan memancing di lautan sekitar 1 jam perjalanan dari Kuala Kemaman. Kami membawa bekal yang banyak sekali seolah tidak mahu balik, penganjur juga amat baik dengan memberi bekalan makanan dan minuman. Kami juga diberi life jacket. Safety kena jaga jugak.


Pada jam 3 petang kami berkumpul di jeti perikanan Kuala Kemaman, kumpulan kami telah dipecahkan kepada 3 kumpulan, 1 kumpulan untuk sebuah bot..Geng-geng bot aku ialah ling,man,die,rif,nong dan yub..tekong aku bernama majid dan pembantunya tajul. 3.3o petang kami pun berlepas dari jeti menuju lautan luas.


Setengah jam perjalanan seorang geng kami Man telah khekoh bira(mabuk laut)..kami gelak je sebab dia ni memang kaki pancing, tak sangka pulak akan mabuk !


Satu jam perjalanan kami pun sampai ke lokasi mencandat. Tekong mencadangkan kami ke unjang dulu sebab masih terlalu awal untuk mencandat. Tapi malang, ikan di unjang tidak sentuh pun apollo yang kami hulurkan..tekong kata sebab air jernih dan arus deras. Kami terus mencadangkan agar kami terus ke tempat mencandat sotong. Sampai disana, kami dapati sudah ada 2 buah bot nelayan dan kami tengok mereka sedang mengail tenggiri sambil mencandat sotong. Kami terus memulakan operasi mencandat. Dapat saje sotong saya terus menyangkut di mata kail ikan tenggiri yang saya telah persiapkan awal-awal lagi..Saya berdoa semuga si panjang itu akan menarik joran aku.. Kami terus mencandat, tiba-tiba jorang tenggiri aku bongkok..aku terus memegang joran aku, tapi sayang tenggiri jenis ikan cerdik..dia makan umpan je, mata kail dia tidak telan..begitu juga dengan joran tenggiri kawan aku Ling..


Kami terus mencandat..Jam 9 malam ribut melanda bot kami dengan kuat nya..mcm nak tenggelam bot kami ! Geng-geng aku semua sudah masuk berteduh ke dalam rumah bot. Aku dengan Rif tak muat dah nak masuk. Nasib baik aku dan Rif ada bawa baju hujan. 2 jam ribut melanda..akhirnya ribut pun reda..


Kami pun terus mencandat, tapi hanya tinggal berempat sahaja..ada yang tidur dan si Man ni tak habis-habis lagi dengan mabuk free nya tu...


Sampai pagi kami mencandat sotong..anggaran hasil adalah sebanyak 40 kg..ok lah tu sebab sekarang bukan musim sotong kata tekong. Tekong juga terkejut kami dapat sotong sebanyak itu. Dia tidak tahu sebab dia tidur je.


Pada jam 8 pagi, tiba joran tenggiri yang aku sangkut dengan sotong segar telah merentap joran aku dengan rakus sekali..berdesing bunyi spool mesin joran aku. Aku pun terus membalasnya..aku sangka ikan tenggiri rupa-rupanya ikan layaran ! Aku bertarung selam 20 minit dan sempat pulak ikan itu berpusing bot kami sebanyak dua pusingan..akhirnya ikan itu tewas juga kat aku..ikan paling besar aku dapat seumur hidup aku..aku telah dapat lesen kelas A..kata kaki pancing. ikan layaran ini seberat 13 kg je..


Selepas itu kami berpindah pula ke lubuk ikan besa-besar pula iaitu di atas batu. setengah jam menunggu setelah aku buat naik dua ekor anak ebek, tiba-tiba pesta menaikkan ikan besar pun bermula..Die menaikkan ikan bayan seberat 4 kg, Ling ikan gerong pulau 1.5 kg, Rif ikan ebek 2 kg dan gerong pulau 1.5 kg, aku menaikkan lagi ikan ebek 3 kg dan tasik 1 kg..Hasilnya taklah besar mane pun..Nong dan Man tak dapat ape-ape. Man jadi tukang ambik gambar je..Man hanya boleh berdiri sebab orang mabuk tidak boleh tunduk.


Tepat jam 11 pagi kami pun bertolak pulang. dalam perjalanan pulang, Rif menjadi tukang bagi hasil tangkapan. Kami bertujuh menbawa pulang 5 kg sotong seorang dan ikan. Aku bawa pulang ikan ebek yang 3 kg itu..Alhamdulillah !! Bot kami membawa pulang hasil yang memuaskan..

Trip memancing..aku dan geng.


Gambar trip memancing..


Gambar Trp Memancing 8&9 Mei 2009


Tuesday, May 05, 2009

Gejala sosial bermaharajalela..

Apa nak jadi dengan orang Kijal ni, orang hisap dadah merata-rata, hisap gam...ayah rogol anak, toki rogol cucu, bunuh diri..lumba haram !! Rempit !! Curi buah nyor ! Curi daun pisang !

Apa nak jadi ni.....

IKLAN

Pelaris orangkijal

Labels


 

Design by Amanda @ Blogger Buster