Monday, June 29, 2009

Trip ngail ikan Talang.

Hari ini saya dan kawan saya iaitu Zull dan Mat Zin kelaut lagi. Naik bot Zul seperti gambar sebelah. Kelmarin Zull dapat 7 ekor ikan talang..paling kecil talang dia dapat seberat 2.5kg.
Hari ini kami ketempat yang sama berbekalkan udang hidup. Saya bawa 2 batang joran, Zull bawa 2 batang dan Mat Zin bawa 3 batang.
Jam 9 pagi kami pun sampai ke lubuk talang itu. Kami berebut hulurkan kail masing-masing. Tepat jam 11 pagi, joran Zull berdesing tali bunyi...Zull pun segera melayan jorannya. Akhirnya dia berjaya menaikkan ikan ebek seberat 3 kg. Puas hati dia..
12 tengahari joran saya pulak bongkak, saya berjaya menaikkan ikan jemuduk sebarat 1 kg je..
Jam 2 petang joran Mat Zin berdesing dengan rakusnya. Talang seberat 3.5 kg dinaikkan. Selang 15 minit joran Mat Zin bongkok lagi, talang 4 kg tewas lagi.
Saya dan Zull dapat juga ikan kerapu bunga 2 ekor, dan tepat jam 3 petang Zull berjaya menaikkan ikan jemuduk 1 kg..Jam 3.30 petang kami pun bertolak pulang...Ini lah hasil kelaut kami hari ini..

Zull sedang melayan kerenah ikan ebek..


Ikan ebek 3kg Zull..


Mat Zin sedang melayan ikan talang..cool je.


Mat Zin berjaya menaikkan ikan talang.


Ikan Talang-Satu ekor 3 kg.


Hasil ngail hari ni..


Monday, June 22, 2009

MAK CIK GEMUK BEACH RESORT-PULAU KAPAS


Trip ke Pulau Kapas, Terengganu.

Tempat penginapan: MAK CIK GEMUK RESORT
Harga pakej untuk: 3 hari 2 malam.

Harga bilik yang ada aircond untuk 3 orang ialah RM250 seorang.
Harga bilik yang ada aircond untuk 2 orang ialah RM280 seorang.
Harga bilik yang ada kipas untuk 3 orang ialah RM220 seorang.
Harga bilik yang ada kipas untuk 2 orang ialah RM240 seorang.

Harga diatas sudah termasuk:
Makan tengahari-Hari pertama.
Makan malam-Hari pertama.
Makan pagi-Hari kedua.
Makan tengahari-Hari kedua.
Makan malam-Hari kedua.
Makan pagi-Hari ketiga.
Bot untuk pergi dan balik.

Trip To Pulau Kapas-Harga tambahan.

Kepada pengunjung, Mak Cik Gemuk Resort juga menyediakan perkhidmatan yang tidak termasuk dalam pakej iaitu:

Trip candat sotong-Harga sewa bot untuk 1 malam ialah RM600.00. Masa ialah antara jam 6 ptg-7 pg. Bot ini sudah disediakan life jacket dan peralatan mencandat sotong.

Peralatan snorkling-Harga sewa untuk 1 set ialah RM25.00.

Program BBQ-Bayaran untuk setiap seorang ialah sebanyak RM25 sahaja.

Kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke Pulau Kapas dan menetap di Mak Cik Gemuk Resort, bolehlah menghubungi saya.


.


BBQ Di Pulau Kapas


Snorkling Di Pulau Kapas


Keindahan Pulau Kapas


Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa..

Hari ini tiba-tiba aku mendapat ucapan Selamat Hari Bapa dari 4 orang anak ku..yang seorang lagi baru berusia 3 bln, jadi mak dia tolong ucap lah.
Tak sangka pulak ada Hari Bapa..ingat ke ada hari ibu je. Terima kasih anak-anak ku semua. Ayah berjanji akan menjadi seorang bapa yang baik. Kepada ayah aku yang telah 13 tahun kembali ke rahmatullah..al fatehah aku ucapkan. Semuga ayah ada bersama-sama dengan orang-orang soleh dan sentiasa dilindungi Allah SWT hendak Nya. Amin. sedih pulak rasa bila teringat kat ayah. Ye lah..orang lain ada ayah dan blh ucapkan Hari Bapa..tapi aku..aku sudah tiada lagi ibu dan bapa. Yang ada hanya ibu dan bapa mertua.
Ok lah..Selamat Menyambut Hari Bapa 2009..

Friday, June 19, 2009

Pergi Kelaut Tangkap Ikan Bilis.

Hari ini saya tak kerja, jadi saya menggunakan peluang ini untuk joint bot kawan saya untuk pergi menangkap ikan bilis dilautan Kijal. Nama juragan bot ini ialah Kassim. Bot kassim ini hari ini mempunyai awak-awak seramai 12 orang termasuk saya. Tepat jam 8.30 pagi, b0t kami telah menemui satu kawanan ikan bilis. Kawanan ikan bilis ini dikesan menggunakan scanner. Kami pun terus menurunkan pukat dan akhirnya 5 raga ikan bilis telah terperangkap didalam keroncong. Tepat jam 10 pagi satu kawanan ikan bilis kami jumpa lagi dan 7 raga ikan bilis kami dapat. Satu raga ikan bilis adalah seberat 100 kg bilis mentah. Kami pulang ke pengkalan pada pukul 11 pagi. hari ini hari jumaat, jadi kami kena balik awal. Alhamdulillah..hasil hari ini kira ok jugak lah. Awak-awak dapatlah sekitar RM40 seorang..saya tak ambil duit..saya pergi kerana hobi..
Dibawah ini saya terangkan sedikit macam mana ikan bilis didalam nasi lemak yang kita makan tu dihasilkan..kepada sesiapa yang nak merasai pengalaman ikan bilis ditangkap, bolehlah menghubungi saya. Percuma je..

Bot Kassim- Bot tangkap ikan bilis.


Kawanan ikan bilis dikesan menggunakan scanner.


Ikan bilis terperangkap didalam keroncong.


Ikan bilis ditangkap menggunakan pukat.


Ikan bilis diletakkan kedalam bakul sblm direbus.


Ikan bilis direbus dengan air garam.


Ikan bilis dibiarkan sejuk sblm dijemur..


Ikan bilis dijemur..selepas ini blh dijual lah..


Tuesday, June 16, 2009

Bot untuk disewa...



Bot fibreglass kawan saya ini panjangnya 22 kaki dan lebarnya 6 kaki. Mampu membawa pemancing 5 orang. Mempunyai enjin 70 kuasa kuda. Juga ada scanner untuk mengesan ikan didasar laut. Harga sewa adalah RM400 untuk 12 jam.
Saya pernah ikut kawan saya ini pergi memancing..best sangat-sangat !! Dengan kelajuan enjin nya..terasa dekat je sampai ke destinasi memancing. Bot pulak lega dan boleh baring..tak panas pulak tu sebab ada bumbung. Kira ok lah bot ini..

Fighting Sail Fish 13 Kg

IKLAN

Pelaris orangkijal

Labels


 

Design by Amanda @ Blogger Buster