Saturday, June 08, 2013

Trip Memancing Ke Kapal Perang Karam
3 hari 2 malam
RM200/head
Sept 2013.......
Siapa2 nak join bolehlah hubungi saya....


Monday, June 03, 2013

18-19 MEI 2013- TRIP MEMANCING KE PULAU TENGGOL



 

18-19/05/2013
TRIP MEMANCING KE PULAU TENGGOL

 

Sunday, June 02, 2013

Assalamualaikum wbt..

Ape kabor kwn ngail semer ? Lama dok camek blog ni..npk gaye nye ramai jgk yang masih tgk blog ni..timekacih sy ucapkan..Pah ni sy nekad akan aktif semula blog ni. Skrg ni kt perairan Kemaman tengoh musim candat sotong dan ebek. Td sy g ngail dpt 6 ekor ebek. Isnin lepah 5 ekor.. rabu 6 ekor..pendek kata sdp gok dengor mesin muroh ambe cering..nanti ada masa sy upload gambo.

Saturday, September 04, 2010


Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan Al Mubarak




Kepada semua bloggers, di sini di ucapkan selamat menjalani ibadah puasa..
Hari pertama puasa, aku turun ke kijal untuk beli sejenis kueh untuk hidangan berbuka...nekbat..glamour tempat ni...td tengahari, dah ramai pembeli...RM1 untuk 6 biji....

Monday, July 26, 2010

Sotong 50 kg Tiang Par E




Sunday, July 25, 2010

Ikan Kerapu Karang Talang

Alhamdulillah..g ngail pg td dpt jugak kerapu baik lima belas ekor, cermin 3 ekor. Paka umpan hiris sotong je..Ikan cermin tu bahang apollo..sdp gok lyn ikan gini..esok aku nok g lg..













Tgk tu..2 ekor skali naik..best !!
















Halim bersama kerapu nya...

Monday, July 19, 2010

Ikan Layaran 20kg Karang Talang

Jidan kawan aku sedang menunggu joran disentap ikan..
Ikan layaran meniti di gigi air..cuba untuk lepaskan diri..
Jidan sedang melayan aksi ikan layaran..








Ikan layaran memberikan aksi yang memukau..

Ebek 3kg Karang Talang




Sunday, July 18, 2010

Hasil Kelaut Hari Ini..

...alhamdulillah...ini lah hasil kelaut aku bersama kawan aku yang bernama Din ptg td. Berbekalkan udang hidup Jinggo 6 ekor, anak sotong jarum Rm2, anak ikan selayang RM2 dan ikan alu-alu 1 ekor. Pukul 3 ptg kami meluncur laju menuju Pantai Teluk Mok Nik. Sampai ke sana Din terus menaikkan ikan kerapu, selepas itu saya pulak sehingga dapat enam ekor semuanya. saiznya bolehlah tahan. Pukul 5.45 petang aku berjaya menaikkan seekor ikan gerut berat sekitar 1.5 kg. Tiba-tiba joran kami senyap..yang ada hanyalah penyu beberapa ekor berkeliaran disekeliling bot kami..wahai sang penyu, kami datang nak ngail ikan pari..bukan nak ngail kamu..mungkin kerana adanya kamu sang kerapu terus melarikan diri !!
Pukul 6 ptg, Din solat asar, aku terus ambik air wuduk..sementara tunggu Din selesai solat aku check umpan aku dulu. Tiba-tiba joran aku ditarik oleh sesuatu yang amat berat sekali..berdesing mesin BanaxSI berbunyi, nasib baik guna tali 50pound exsoga..aku terus mengajar "benda" itu..rupa-rupanya sang penyu yang menarik tali aku..alamak !!! nasib baik mata kail 5.0 seahawk tersangkut pada kaki penyu itu..lebih kurang 20 minit bermain dengannya akhirnya aku berjaya menanggalkan matakail itu..Mintak maaf sang penyu..selepas itu aku solat asar dan pukul 6.45 petang kami pun bertolak balik ke pengkalan GP..

Wednesday, July 14, 2010

Ikan Tenggiri Unjang Hasim

Pagi td, aku bersama rakan fb aku yang bernama Tb Andy Sentinal telah turun kelaut untuk memancing ikan tenggiri di unjang Hasim berdekatan dengan rig. Laut hari ini tidaklah setenang mana menyebabkan rakan baru aku itu mabuk dan muntah beberapa kali. Namun dia tetap memancing. Tidak tidur pun seperti orang lain yang mabuk free tu..satu pujian untuk nya. Dia malu kat aku kut..Yang bestnya, dia bawa makanan banyak..tp aku yang makan.Dia terus memancing dan dia dapatlah juga ikan kerisi beberapa ekor. Jam 10 pagi aku dapat seekor sotong tupat. Aku terus sangkut kat tali tenggiri aku..tidak berapa lama kemudian tiba-tiba mesin tica aku berdesing dan jorang melenduk..terkejut aku dengan bunyi mesin aku itu. Aku pun terus mengangkat joran aku dari lubang fibre bot dan melayan asakan ikan itu..akhirnya naiklah seekor ikan tenggiri seberat 3 kg..alhamdulillah..Jam 1 petang kami pun bertolak pulang.

Ini lah kelajuan bot aku..huhu
Waktu pagi di depan Pelabuhan Kemaman
Begitu cantiknya alam ciptaan Ilahi..

Friday, July 09, 2010

Pergi Lepak Kat Tengah Laut..


Khamis baru ni, aku dan Halim turun ke laut. Berbekalkan udang hidup RM10, aku terus pergi ke Batu Penunjuk Kijal. Dari pengkalan GP ada dalam setengah jam kami pun sampai kesana. Umpan udang pun dilabuhkan..dalam pukul 9.00 pagi, joran aku disenjoh oleh ikan..baru nak tarik tiba-tiba joran senyap..lokoh pulak..tak ada rezeki. Dalam pukul 10.00 kami pergi mancing kt Tanjung Pupuk Semangat pulak..senyap je mancing kt sini. Sauh pun ditarik. Kami menuju pula ke tiang par hijau no 3. Duduk dalam setengah jam, tiba-tiba ikan senjoh pulak joran aku..tengah-tengah ngajar tiba-tiba senyap pulak..lokoh lg..Frust sgt rasa..Pukul 1 kami pun bertolak pulang..Memang ikan payoh musim ni..Pergi lepak aje lah kami kat tengah laut tu..huhu..

Thursday, July 08, 2010

Pengat Buah Kuini

Baru ni aku pergi ke pasar borong kat Dusun Nyor. Aku ada terjumpa orang menjual buah kuini. Huh best nya kalau dibuat pengat. Balik dari pasar aku simpan dulu buah ni biar dia masak gebu dulu. Selang seminggu aku tgk buah ni sudah masak gebu. Aku pun terus proses buat pengat. Aku beli santan RM2, beras pulut sekilo dan nissan. Balik rmh terus aku buat..masa buat tu bau buah kuini kuat sgt..sutir rmh bau..Masak je kami terus mkn sekeluarga..Ini lah hasil tangan OrgKijal..resepi turun temurun..

Wednesday, July 07, 2010

Se pagi di Kijal

Hari ini balik dari kerja terus saja aku memecut motor kriss ku menuju ke kampung ku Kijal untuk pergi memukat ikan. Sampai di pantai Kijal saya nampak orang belum pergi lagi. Huh lega rasa. Sampan terus dilancar ke laut, kami 11 orang mencari kawanan ikan tapi hari ini tidak ada ikan yang timbul atau dapat dikesan oleh radar. Pukul 11 pagi kami bertolak balik dalam kekecewaan. Tak apa lah..esok ada lagi. Semasa diatas bot saya sempat juga mengambil beberapa keping gambar seperti gambar Celcom Kijal, hotel Awana dan gambar batu Penunjuk.

Sampai didarat saya terus pergi ke gerai durian didepan setesen minyak Petronas Kijal untuk melihat sendiri keadaan gerai durian sebab dengar kata durian Kijal sudah luruh. Sampai digerai itu saya nampak ramai orang sedang membeli durian. Durian pun saya nampak berlambak-lambak. Terus saja saya mengambil gambar durian itu. Harganya bergantung pada saiz durian. Paling mahal RM10 dua biji yang bersaiz besar. Saya pun beli jugak RM20 untuk dibuat pengat durian.

Sampai dirumah saya pun pergi membeli bahan-bahan untuk membuat pengat durian. Dalam masa setengah jam pengat durian pun siap dan pada tengah hari kami menjamu selera pengat durian hasil tangan OrangKijal.

Pengat Durian dan Durian Kijal RM20



Musim Durian Kijal Sudah Bermula



Keindahan Pantai Kijal



Monday, July 05, 2010

GanuIndah:Batu Penunjuk Kijal

GanuIndah:Pantai Kijal

GanuIndah:Jeti Nelayan Bukit Kuang

Friday, July 02, 2010

Petua Memancing 2 oleh Pak Nuri

Ais hentikan darah luka
KAKI pancing perlu pantas berfikir dan segera berikhtiar apabila ditimpa musibah ketika memancing sama ada di laut, sungai, paya mahupun tasik. Langkah awal yang perlu dilakukan apabila rakan mengalami masalah ialah mententeramkan dan memulihkan mangsa.
KAKI pancing perlu pantas berfikir dan segera berikhtiar apabila ditimpa musibah ketika memancing sama ada di laut, sungai, paya mahupun tasik. Langkah awal yang perlu dilakukan apabila rakan mengalami masalah ialah mententeramkan dan memulihkan mangsa.Petua Pak Nuri kali ini memfokuskan tentang luka yang mengeluarkan banyak darah ketika berada di lokasi memancing. Ketika berada di dalam bot, memancing di laut lepas mangsa dinasihatkan supaya tidak merenjis darah ke laut atau membasuh darah (tangan atau kaki yang luka) ke permukaan air kerana di bimbang ada spesies ikan ganas mengejar darah berkenaan.Malah ada perkara lain yang patut difikirkan. Ini kerana laut adalah kawasan paling banyak bermain dengan makhluk halus yang kita tidak dapat melihat dengan mata kasar. Langkah terbaik ialah darah mangsa perlu dicuci dengan air bersih atau sekurang-kurangnya ais yang digunakan untuk menyimpan ikan bagi menghentikan pengalirannya.
Jika darah masih keluar, balut bahagian luka dengan kain bersih yang dibungkus dengan ketulan ais. Lakukan untuk beberapa ketika dengan mengganti jika ketulan ais sudah cair.Darah yang banyak keluar semasa memancing dalam hutan, tasik atau paya turut mengundang bahaya daripada binatang buas seperti ular dan harimau yang derianya sangat tajam mencium baunya. Justeru, rakan pancing mesti berikhtiar pantas memberhentikan darah yang mengalir serta menghilangkan kesan darah yang tumpah di bumi.

Thursday, July 01, 2010

Kolam Memancing Di Kijal

Kepada kaki-kaki pancing yang ingin memancing siakap putih bolehlah datang bersantai bersama kawan atau keluarga..

IKLAN

Pelaris orangkijal

Labels


 

Design by Amanda @ Blogger Buster