Friday, July 02, 2010

Petua Memancing 2 oleh Pak Nuri

Ais hentikan darah luka
KAKI pancing perlu pantas berfikir dan segera berikhtiar apabila ditimpa musibah ketika memancing sama ada di laut, sungai, paya mahupun tasik. Langkah awal yang perlu dilakukan apabila rakan mengalami masalah ialah mententeramkan dan memulihkan mangsa.
KAKI pancing perlu pantas berfikir dan segera berikhtiar apabila ditimpa musibah ketika memancing sama ada di laut, sungai, paya mahupun tasik. Langkah awal yang perlu dilakukan apabila rakan mengalami masalah ialah mententeramkan dan memulihkan mangsa.Petua Pak Nuri kali ini memfokuskan tentang luka yang mengeluarkan banyak darah ketika berada di lokasi memancing. Ketika berada di dalam bot, memancing di laut lepas mangsa dinasihatkan supaya tidak merenjis darah ke laut atau membasuh darah (tangan atau kaki yang luka) ke permukaan air kerana di bimbang ada spesies ikan ganas mengejar darah berkenaan.Malah ada perkara lain yang patut difikirkan. Ini kerana laut adalah kawasan paling banyak bermain dengan makhluk halus yang kita tidak dapat melihat dengan mata kasar. Langkah terbaik ialah darah mangsa perlu dicuci dengan air bersih atau sekurang-kurangnya ais yang digunakan untuk menyimpan ikan bagi menghentikan pengalirannya.
Jika darah masih keluar, balut bahagian luka dengan kain bersih yang dibungkus dengan ketulan ais. Lakukan untuk beberapa ketika dengan mengganti jika ketulan ais sudah cair.Darah yang banyak keluar semasa memancing dalam hutan, tasik atau paya turut mengundang bahaya daripada binatang buas seperti ular dan harimau yang derianya sangat tajam mencium baunya. Justeru, rakan pancing mesti berikhtiar pantas memberhentikan darah yang mengalir serta menghilangkan kesan darah yang tumpah di bumi.

IKLAN

Pelaris orangkijal

Labels


 

Design by Amanda @ Blogger Buster