Sunday, July 18, 2010

Hasil Kelaut Hari Ini..

...alhamdulillah...ini lah hasil kelaut aku bersama kawan aku yang bernama Din ptg td. Berbekalkan udang hidup Jinggo 6 ekor, anak sotong jarum Rm2, anak ikan selayang RM2 dan ikan alu-alu 1 ekor. Pukul 3 ptg kami meluncur laju menuju Pantai Teluk Mok Nik. Sampai ke sana Din terus menaikkan ikan kerapu, selepas itu saya pulak sehingga dapat enam ekor semuanya. saiznya bolehlah tahan. Pukul 5.45 petang aku berjaya menaikkan seekor ikan gerut berat sekitar 1.5 kg. Tiba-tiba joran kami senyap..yang ada hanyalah penyu beberapa ekor berkeliaran disekeliling bot kami..wahai sang penyu, kami datang nak ngail ikan pari..bukan nak ngail kamu..mungkin kerana adanya kamu sang kerapu terus melarikan diri !!
Pukul 6 ptg, Din solat asar, aku terus ambik air wuduk..sementara tunggu Din selesai solat aku check umpan aku dulu. Tiba-tiba joran aku ditarik oleh sesuatu yang amat berat sekali..berdesing mesin BanaxSI berbunyi, nasib baik guna tali 50pound exsoga..aku terus mengajar "benda" itu..rupa-rupanya sang penyu yang menarik tali aku..alamak !!! nasib baik mata kail 5.0 seahawk tersangkut pada kaki penyu itu..lebih kurang 20 minit bermain dengannya akhirnya aku berjaya menanggalkan matakail itu..Mintak maaf sang penyu..selepas itu aku solat asar dan pukul 6.45 petang kami pun bertolak balik ke pengkalan GP..

0 comments:

IKLAN

Pelaris orangkijal

Labels


 

Design by Amanda @ Blogger Buster