Friday, June 19, 2009

Pergi Kelaut Tangkap Ikan Bilis.

Hari ini saya tak kerja, jadi saya menggunakan peluang ini untuk joint bot kawan saya untuk pergi menangkap ikan bilis dilautan Kijal. Nama juragan bot ini ialah Kassim. Bot kassim ini hari ini mempunyai awak-awak seramai 12 orang termasuk saya. Tepat jam 8.30 pagi, b0t kami telah menemui satu kawanan ikan bilis. Kawanan ikan bilis ini dikesan menggunakan scanner. Kami pun terus menurunkan pukat dan akhirnya 5 raga ikan bilis telah terperangkap didalam keroncong. Tepat jam 10 pagi satu kawanan ikan bilis kami jumpa lagi dan 7 raga ikan bilis kami dapat. Satu raga ikan bilis adalah seberat 100 kg bilis mentah. Kami pulang ke pengkalan pada pukul 11 pagi. hari ini hari jumaat, jadi kami kena balik awal. Alhamdulillah..hasil hari ini kira ok jugak lah. Awak-awak dapatlah sekitar RM40 seorang..saya tak ambil duit..saya pergi kerana hobi..
Dibawah ini saya terangkan sedikit macam mana ikan bilis didalam nasi lemak yang kita makan tu dihasilkan..kepada sesiapa yang nak merasai pengalaman ikan bilis ditangkap, bolehlah menghubungi saya. Percuma je..

IKLAN

Pelaris orangkijal

Labels


 

Design by Amanda @ Blogger Buster