Tuesday, June 02, 2009

Dimana silap nya..


Saya baru balik dari K.Terengganu ni, sejak dari kelmarin doh saya ada kat K.T..saya tido kt rumah kakak ipar saya di Kg Gong Badak. Pagi tadi selepas makan pagi saya tidur je..rasa ngantuk saya tido aje lah..tak dok benda nak buat retek. Pada kul 10.oo pagi saya pun bangun sebab panas sangat rumah tu. Saya pun terserempak dengan biras saya..biras saya kata dok g tengok stadium runtuh ke ? Terkejut saya dengan soalan tu..saya tanya stadium mana ? dia jawab stadium sultan mizan. Terkejut saya dengan kata-kata dia tu..Tp dia kata dok leh g kat stadium sebab polis sudah sekat jalan ke stadium. Tak pe lah..Kul 1.30 saya dengar berita jam 1.30 kat tv3..Memang betul kejadian itu berlaku.


Sebelah petang saya sekeluarga ke rumah kawan isteri di Kg Teluk Ketapang. Jadi kena lalu ikut jalan tepi stadium. Memang betul lah stadium tu runtuh tp bukan bangunan runtuh, yang runtuh hanya bumbung dia je..Ngeri gok tengok. Nasib baik tak dok apa-apa acara kt stadium. Kira nasib baik jugak lah. dalam berita pun dok royak pun orang cedera. Cuma dia kata 60% bumbung runtuh.


Kawan isteri saya ada cerita pasal bumbung stadium tu runtuh. Rmh dia dekat je dgn stadium tu. Dia ingat bunyi kapal terbang lalu, rupa-rupanya bumbung stadium runtuh. Dia hok lalu hari-hari kt tepi stadium tu memang perasan doh yang bumbung tu semakin hari semakin senget je..tp dia ingat tak dok menda yang akan berlaku..


Persoalannya..mcm mane stadium yang harga di dekat RM300 juta ni bumbung dia boleh runtuh...!!! Kita tunggu lah siasatan dari pihak berwajib.



IKLAN

Pelaris orangkijal

Labels


 

Design by Amanda @ Blogger Buster