Wednesday, April 29, 2009

MB Terengganu Baru ?

Adakah YB Yahya Khatib akan menjadi MB Terengganu yang baru....Kita tunggu dan lihat..

Adakah benar panas akan jadi sejuk !!


Hishamudin diminta lantik wakil Kumpulan 18
Kumpulan 18 ADUN BN Terengganu yang tidak sehaluan dengan Menteri Besar Datuk Ahmad Said berharap mereka akan diberi jawatan utama dalam rombakan Umno negeri yang dijangka diumumkan tidak lama lagi.ADUN Paka, Zakaria @Ariffin Abdullah - salah seorang dalam kumpulan tersebut - berkata jika kumpulan itu terus dipinggirkan, kemelut politik tersebut tidak akan reda."Syaratnya kumpulan ini (kumpulan 18) mesti ada wakil dalam badan perhubungan Umno nanti."Jangan jadi seperti sebelum ini - kumpulan itu ditolak sehingga menyebabkan ia menjadi perpecahan di dalam parti," katanya ketika dihubungi hari ini.Zakaria berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai pengerusi Umno Terengganu yang baru.Manakala Ahmad yang sebelum ini pengerusi, dilantik sebagai timbalan pengerusi Umno Terengganu.Bawa perdamaianPelantikan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mesyuarat majlis tertinggi (MT) Umno di ibu negara Jumaat lalu.Zakaria berkata, kumpulan 18 mengalu-alukan pelantikan Hishamuddin sebagai pengerusi perhubungan Umno Terengganu yang baru."Saya tidak mahu kata ini satu kejayaan kumpulan 18 kerana perkataan itu memberi maksud mahu menjatuhkan Ahmad."Tetapi kami semua merasa gembira dengan pelantikan tersebut," katanya.Ketika diminta mengulas pelantikan Hishamuddin, Zakaria berkata, naib presiden Umno itu boleh membawa perdamaian kepada Umno negeri.Katanya, kedua-dua kumpulan sama ada Idris mahupun Ahmad boleh menerima menteri dalam negeri itu menyelesaikan kemelut Umno Terengganu. malaysiakini

Sunday, April 26, 2009

Air Terjun Menderu, Chabang, Kerteh



Petang sabtu, kami sekeluarga ke air terjun Menderu..Lebih kurang 30km dari Cukai, Kemaman..Kami mandi puas-puas sampai semuanya kesejukan. Disana ada disediakan meja dan gerai minuman. Datanglah ke sana sambil menikmati keindahan alam ciptaan Illahi..

Memancing Kat Pantai Teluk Mok Nik



Pada pagi jumaat yang lepas, aku tidak melepaskan peluang masa lapang aku untuk menduga specis ikan besar kat Pantai Teluk Mok Nik..aku begutu teruja untuk ke sana kerana kawan aku telah mendapat ikan gerong seberat 4.5 kg sehari sebelum itu..sampainya aku disana setelah membeli setengah kilo udang kat pasar, aku mendapati telah terdapat tiga pemancing. Semuanya aku tak kenal tapi aku buat kenal-kenal je. Aku pun terus mengcangkut udang di mata kail aku dan terus melontarnya jauh ke tengah laut sambil mendoakan ikan besar akan memakan umpan dan akan membongkok joran aku...Tepat jam 9 pagi keluarga aku pun sampai, kami bersarapan bersama-sama dan anak-anak aku terus mandi laut..Terasa juga aku nak mandi tapi tak mahu muka jadi gelap pulak kerana air masin..Sampai jam 11 pagi, aku dan orang-orang lain memancing, seekor ikan pun tidak menjamah umpan kami..puah tukar umpan !! Akhirnya aku mengalah..aku lipat je joran dan terus pulang ke rumah..Mungkin hari ini aku tidak ada rezeki..Kepada pemancing, datanglah ke pantai ini kerana specis ikan disini besar-besar belaka tapi bergantung pada rezeki masing-masing...Jumpa lagi.

Saturday, April 25, 2009

Naik Hishammudin Idris pun jadi lain..



Idris: Saya boleh kerjasama dengan Ahmad

Datuk Seri Idris Jusoh berkata, beliau boleh bekerjasama dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said untuk kepentingan rakyat dan Umno negeri itu."Tiada masalah saya boleh bekerjasama dengan dia (Ahmad). Saya juga boleh berjumpa dengan beliau."Saya orang parti, saya tiada masalah, Dulu saya menteri besar, sekarang dia menteri besar pula."Setahu saya, saya satu-satunya bekas menteri besar yang menghadiri pelantikan menteri besar baru," katanya.Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi (MT) Umno di pusat dagangan dunia putra (PWTC) di ibu negara petang semalam.Idris berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan setiausaha Umno negeri, Datuk Rosli Mat Hassan supaya Ahmad dan Idris berdamai demi rakyat dan parti.Idris yang juga ADUN Jerteh turut menghadiri majlis pelantikan Ahmad sebagai sumpah di Istana Maziah tahun lalu.Sokongan majoritiBegitupun, Ahmad tidak mendapat sokongan majoiti di kalangan ADUN BN terutama di kalangan penyokong Idris.Kemelut politik Terengganu berterusan sejak pelantikan Ahmad sebagai menteri besar menggantikan Idris selepas pilihanraya umum Mac tahun lalu.Dalam sidang DUN awal minggu lalu 10 ADUN BN termasuk tiga yang menerima SMS ugutan tidak hadir sidang berkenaan.Terengganu mempunyai 32 ADUN iaitu 18 ADUN BN manakala lapan ADUN PAS.Mereka yang menerima SMS ugutan ialah Datuk Rosol Wahid (Ajil), Zakaria Ariffin (Paka) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri).Mereka turut membuat laporan polis terhadap penyebaran SMS itu.Baru-baru ini polis menahawan seorang lelaki di Bangi Selangor bagi membantu siasatan. malaysiakini.

Pada pendapat aku lah..

Perlantikang sepupu najib iaitu dato hishammuding(betul ke aku eje nama dia ni) akan menyebabkang:

a) Umno trg akan kekal bergolak kerana mat said tentu tak puah hati sb skrg dia dah kurang power. Puak deris akan sedikit gembira tp hajat tak tercapai lg. Puak deris akan terus melobi bos baru ni utuk mencalonkan puak dia jd mb..Hal ni, dok kan mat said nok lok je..mungkin sdg merancang strategi sb kuasa mb masih ada lg..kuasa dia yg paling power ialah kuasa membubar dun setelah diperkenankan oleh DYMM Sultan..kita tg dan lihat apa akan berlaku.

b)Pas terengganu akan merasa sedikit gembira..parti umno tengoh bolok dan rakyat tengah mikir knp najib letak sepupu dia kt terengganu..jd org terengganu akan memikirkan PAS lebih baik dari umno..dok bolot langsung dalam PAS.

c)Tanda kejatuhan umno/bn di terengganu..kalu mat said bubar dun skrg umno/bn insya Allah umno/bn akan kalah teruk..atau mungkin mat said akan tanding atas tiket PAS di kijal..ini akan berlaku pada sesiapa pun bila kita dlm keadaan ditekan atau tertekan..!!!Masuklah PAS mat said, senang dan habis cerita. Aku pun akan undi mung kalu mung masuk PAS. Takbir !!!

Thursday, April 23, 2009

Ngundi pulok ke kite...








BESUT, 23 April (Hrkh) - Mungkinkah krisis politik yang melanda Terengganu sekarang akan membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun).
Ia dianggap sebagai langkah selamat bagi meredakan keadaan.
Teori itu boleh menjadi kenyataan sekiranya Dato' Ahmad Said digugurkan sebagai pengerusi Perhubungan Umno Terengganu. Ahmad tentunya tidak akan mudah menyerah kalah.

Apa yang berlaku di negeri minyak tersebut hampir serupa dengan situasi di Perak apabila Menteri Besar cuba disingkirkan.
Biar apa pun krisis politik dalaman Umno Terengganu mungkin tambah membesar esok.
Pengumuman siapa dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri akan menentukan pemenang di antara Ahmad atau Dato' Seri Idris Jusoh.
Atau kedua-duanya terpinggir. Mungkin juga tokoh baru akan muncul dari kalangan 22 Adun Barisan Nasional (BN yang ada sekarang.
Sekiranya telahan itu menjadi kenyataan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno esok, Terengganu sudah pasti akan mendapat Menteri Besar yang baru tidak lama lagi.
Kedudukan Ahmad sudah gonyang ekoran 10 Adun BN yang pro Idris memulaukan persidangan Dun baru-baru ini.
Dan keadaan tambah celaru apabila tiga rakan mereka dikatakan menerima ugutan bunuh melalui SMS yang hantar seorang individu.
SMS tersebut dikatakan sebagai tindak balas memandangkan ada hasrat Adun terbabit membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad di persidangan Dun baru-baru ini.
Manakala Idris pula tidak disenangi pihak istana biar pun menang sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno pada perhimpunan Mac lalu.
Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasition Ismail berkata, Terengganu hampir pasti akan mendapat menteri besar baru selepas Mei ini sekiranya Ahmad tidak dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.
"Mungkin muka baru dari kalangan Adun BN akan dilantik ke jawatan tersebut.
"Adun yang akan dilantik nanti boleh jadi bukan lagi Ahmad dan Idris sebaliknya salah seorang daripada 22 Adun BN," katanya pada ceramah di Markaz PAS Dun Hulu Besut di Kampung Lubok Kawah, malam tadi.
Bagaimanapun katanya adakah Ahmad akan menyerah kalah begitu sahaja tanpa menggunakan kuasa membawa ke arah pembubaran Dun.
Spekulasi pertukaran jawatan menteri besar bertiup kencang di Terengganu ekoran krisis perebutan kuasa di antara Idris dan Ahmad.
Ahmad dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu memandangkan pihak istana tidak berkenan kepada Idris.
Saifuddin yang juga Pengarah Strategik KeADILan berkata, pemulauan 10 Adun BN pada persidangan Dun baru-baru ini menyebabkan lapan Adun PAS menguasai keadaan.
"Selepas Tuan Guru Abdul Hadi berucap, Dr Syed Azman pula bangun diikuti Haji Wahid Endut, Ustaz Harun Taib dan lain-lain lagi Adun PAS," katanya.
Krisis kepemimpinan kerajaan Terengganu terus berlarutan apabila Adun pro Idris mendesak Ahmad meletak jawatan kerana mereka mendakwa memperolehi sokongan 18 Adun BN.
Ahmad sebelum ini pernah mengugut akan memecat mana-mana Adun yang membawa usul undi tidak percaya terhadapnya. - mj _

Amboi !! Tak kan "kerani" je..


Kerani hantar SMS ugutan kepada ADUN diambil keterangan
KUALA TERENGGANU: Polis hari ini mengambil keterangan seorang kerani syarikat swasta yang disyaki menghantar khidmat pesanan ringkas (SMs) ugutan kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri Supt K.Manoharan berkata lelaki berusia 31 tahun itu dibawa ke Terengganu dari Bandar Baru Bangi, Selangor semalam.
"Kita mengambil keterangan daripada suspek bagi membantu siasatan kes ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Kerani terbabit yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor ditahan di Bandar Baru Bangi kira-kira 9.30 malam, tiga hari lepas (Isnin) kerana dipercayai menghantar SMS berbaur ancaman kepada tiga Adun Barisan Nasional Terengganu, 13 April lepas.
Manoharan berkata kerani terbabit kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan kes tersebut.
"Setakat ini, saya tidak boleh memberikan sebarang maklumat lanjut kerana kes ini masih disiasat," katanya. BERNAMA

Tuesday, April 21, 2009

Sudah menyerah ke ??


Pengerusi Umno Negeri: MB Terengganu terbuka keputusan Najib
SETIU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said bersedia menerima apa sahaja keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kedudukannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
Beliau berkata, apa jua keputusan yang diumumkan oleh pucuk pimpinan berhubung kedudukan beliau kelak, akan diterimanya dengan hati terbuka kerana ia adalah hak Najib sebagai Presiden Umno.
Ahmad berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat rumah penduduk kampung yang dilanda ribut di Kampung Penarik, dekat sini hari ini.
Ditanya sama ada beliau risau mengenai perkara itu, Ahmad yang memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri pada Mac tahun lepas, berkata: "Risau apa... tidak ada masalah kepada saya."
Beliau bagaimanapun enggan mengulas hasil pertemuannya dengan Perdana Menteri baru-baru ini dipercayai berkaitan kemelut politik di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di negeri itu yang tidak menghadiri hari kedua Sidang Dewan Undangan Negeri.
Pada 16 April lepas, Ahmad mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya bagi membincangkan perkara itu.
Bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh juga kelihatan memasuki Pejabat Perdana Menteri pada hari yang sama dipercayai sebagai langkah Najib dan Muhyiddin menyelesaikan pertikaian antara Ahmad dan Adun BN negeri berkenaan. BERNAMA

Monday, April 20, 2009

ISU MB TERENGGANU



Terbaru: Berita ni tak tahulah betul ke tidak..dok beli pokok tp beli bakul gok. Dengar kata 4 orang telah dikenal pasti untuk mengganti Dato MB kite, nama beliau ialah:


1-Dato Seri Idris bin Jusoh

2-Dato Rosul Wahid

3-Dato Mat Tera

4-Dato Rahin


Berita ni dok soheh lagi tp mereka adalah dari kumpulan pendesak yang 18 orang tu..

Mini zoo Kemaman


Memang hebat mini zoo yang dirasmikan oleh Datuk MB kita baru ni, setakat ini beribu-ribu orang telah berkunjung ke zoo itu..maklumlah kat terengganu mana ada lagi zoo setakat ni walaupun pengunjung lebih ramai dari penghuni zoo tersebut...Syabas atas usaha MPK dan MB kite ni..
Tapi yang tak sedap didengar ialah, zoo ini juga dihuni oleh "makhluk halus"..kawan saya bagi tahu jaga zoo ini bertukar selalu sebab tak tahan kena gangguan dari makhluk itu..sapa tahap kena gosok kepala. Memang setahu saya tempat itu "keras"..Jadi, kepada pengunjung zoo, berhati-hatilah bila melawat zoo ini, jaga mulut dan perbuatan..Ingat, dia tu adalah makhluk Tuhan jugak..ada hati dan perasaan ! Kat Tati baru ni makhluk sebegini kena pindah sebanyak 2 buah bas, tu pun tak habis lagi..Ok Selamat melawat zoo...

Musim candat Kembali..

Aku g jalan kt pata kijal kelmarin..nampak ramai set-set kelaut keluar g candat waktu ptg..dengo kata sotong hinggap sgt kt tukun, ada yang dapat dekat 100kg..1kg tolok kt toke rm8..darab 100kg, dapat kt rm800..wow !! byk dpt sen tu..rasa nok g candat retek rasa..

kalu ada geng2 nok g candat boleh je kita sewa bot, harga dlm rm200-300 1 mlm...g ramai2 suke skit..ke guane..

Friday, April 17, 2009

Apa kena ni..

1-Mahkamah dah jadi pengikut telunjuk pemimpin bn !!
2-Harga minyak turun tp harga barang naik !!
3-Wat pintu gerbang mini zoo kmn sapa mencecah 2 juta..orang royak !!
4-Adun pkr wat salah terus letak jawatan, orang bn tak letak !!
5-Org bn tak suka ke mat said !! Geng sdri tu..
6-Nk hapus ISA tp tangkap lagi 3 org dengan ISA..polis malaysia koman ke !!
7-Harga kereta malaysia mahal !! kete import kalu tak kena duti 300% lagi murah..knp !!
8-Knp pemimpin beli barang dapat komisen !! Org bwh lg teruk bahang..
9-Knp orang melayu tak suka pada parti PAS sedangkan tak dok pemimpin PAS kena tkp krn rasuah !!!
10-Pelik..orang cina/india dah suka kt parti PAS tp 50 % orng melayu tak suka..

Kenapa orang tak suke Mat Said

Lebih sepuluh ADUN Barisan Nasional menerima laporan gelagat pentadbiran menteri besar Terengganu - didakwa penuh dengan politik cantas dan kelemahan - yang menjadi asas kemarahan mereka. Mereka memulaukan persidangan DUN pada Selasa dengan alasan nyawa mereka terancam susulan muncul mesej SMS ugutan bunuh - dipercayai berkaitan ura-ura membawa usul tidak percaya terhadap menteri besar itu.Dalam laporan kepada kira-kira separuh ADUN parti itu, Datuk Ahmad Said didakwa memecat pegawai dan tokoh politik dalam era pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh yang digantikannya.Mereka yang dipecat termasuklah ketua pegawai eksekutif Institut Pembangunan Terengganu (TDI) Dr Azmi Omar, dan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan negeri Terengganu Inc. Datuk Seri Azlan Hashim dan Tan Sri Razali Ismail.Bekas ketua Puteri Umno negeri, Nordiana Shafie diberhentikan sebagai pengerusi lembaga pengarah Kuantan Medical Centre (KMC) dan khidmatnya sebagai senator tidak disambung sepenggal lagi."Jawatan senator diberi kepada ketua-ketua Wanita (Umno) yang tidak lagi mampu menyumbang kepada negeri," laporan itu dipetik.Laporan itu mendakwa, pengarah eksekutif Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, pengurus besar Kemaman Supply Base (KSB), dan pengurus besar Konsortium Pelabuhan Kemaman juga dipecat.Laporan tanpa tarikh itu - yang diperolehi Malaysiakini hari ini - juga mendakwa Ahmad melantik mereka yang tidak berkeupayaan untuk mengetuai beberapa agensi kerajaan negeri, termasuk Terengganu Inc.Seorang penyokong PAS didakwa dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah syarikat perkayuan bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).Sementara dua bekas guru sekolah rendah masing-masing dilantik untuk memimpin Unit Terengganu Bestari (U-Best) dan KMC yang dianggap "tidak tepat."Menteri besar juga didakwa "membuat pertukaran besar-besaran (67 orang) para pegawai tadbir kerajaan negeri pada Disember 2008." "Ada di kalangan mereka yang diturunkan (pangkat) jawatan. Tindakan tersebut telah menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap YAB menteri besar," laporan itu dipetik.Seorang pegawai Ahmad, ketika diminta penjelasan, enggan mengulas tuduhan-tuduhan ini.Dihubungi hari ini, setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu, Alias Abdullah berkata, laporan itu diberikan kepada 12 atau 13 wakil rakyat BN negeri itu di Kuala Lumpur semalam."Kami pergi ke Kuala Lumpur sebagai persediaan untuk memberi penjelasan kepada (perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak dan (timbalannya) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai mengapa mereka tidak hadir sidang DUN," katanya.Idris, yang terlibat dalam kumpulan 10 ADUN tersebut, hadir memberikan penjelasan kepada Najib. Ahmad juga dipanggil memberikan taklimat berhubung krisis di negeri itu.Bagaimanapun, kata ADUN Alor Limbat itu, rombongan ADUN itu tidak dipanggil memberi penjelasan.Laporan tersebut tidak disediakan oleh kelab penyokong BN negeri tetapi dipercayai daripada kajian orang-orang Idris, jelas Alias lagi.Manakala pengerusi kelab itu Datuk Rosol Wahid berkata, laporan itu dibuat untuk membolehkan ADUN mengetahui kelemahan menteri besar."Kelemahan ini yang menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri menjadi huru-hara dan Umno tidak bersatu," katanya kepada Malaysiakini.Difahamkan Najib dan Muhyiddin menerima laporan insiden pemulauan DUN selepas mesej ugutan melalui SMS yang diterima menjelang tengah malam Isnin lalu. Pergeseran antara menteri besar dengan 10 ADUN ini dijangka akan selesai dalam tempoh sebulan lagi..malaysiakini.

Wednesday, April 15, 2009

Ngail...

Kelmarin 15/4 sebelah petang aku g ngail kat benteng panjang kuari teluk kalung. Ada dua orang termasuk aku je ngail. Aku dengan dia pakai umpan udang dengan anak ikan kunyit hidup kononnya nak ngail ikan gerong. Dua hari lepas kt benteng pendek dengar kabor org wat naik ikan ebek 4 ekor disebalah pagi. Jd petang ni aku bersemangatlah nak ngail. Kat benteng pendek pun aku nampak ramai je orang.

Betapa malangnya nasib aku kerana pada petang ini tiada satu ekor ikan pun yang menjamah umpan kami berdua. Mungkin kerana hujan yang sari suntuk membuatkan ikan tidak rasa lapo. Umpan habis tapi ikannya tak dok.

Petang esok aku plan nak ngail kt pantai kijal pulak, dengo kabor 2 hari lepas orang wat naik gerong 6 kg kt jeti awana dan ikan ebek kt pantai kijal. Bertuahnya orang kijal, ikan ebek main sapa bira ombak.

Ok lah, setakat ni je kisah aku ngail..

Tuesday, April 14, 2009

Najib arah semua 10 ADUN boikot sidang DUN kembali hadir

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengarahkan kesemua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh, yang memboikot sidang DUN pagi tadi, supaya kembali hadiri sesi seterusnya seperti biasa.
"Saya minta semua ADUN hadir persidangan DUN.
"Setakat ini mereka (ADUN) hanya dapat SMS tapi ia tidak berpunca dari Pejabat Menteri Besar," kata beliau.
Sesi hari ketiga sidang DUN Terengganu - hari terakhir, akan berlangsung esok.
Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian untuk Skim Jaminan Modal Kerja dan Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini sebentar tadi.mstar

10 ADUN boikot: Ahmad nafi SMS dari Pejabat MB

PUTRAJAYA: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tidak terkejut dengan tindakan 10 ADUN BN Terengganu termasuk bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh, 'memboikot' sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi tadi manakala Perdana Menteri mahu kesemua wakil berkenaan kembali sertai sidang seperti biasa mulai esok.
Malah beliau juga menafikan SMS ugutan yang dimaksudkan oleh 10 ADUN berkenaan berpunca dari pejabat beliau.
Ia dinyatakan oleh beliau kepada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
"Saya minta semua ADUN hadir persidangan DUN.
"Setakat ini mereka (ADUN) hanya dapat SMS tapi ia tidak berpunca dari Pejabat Menteri Besar," kata Najib di sini sebentar tadi.
Sesi hari ketiga sidang DUN Terengganu - juga hari terakhir, akan berlangsung esok.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan 10 ADUN BN yang enggan menghadiri hari kedua sidang DUN hari ini kerana mendakwa keselamatan diri mereka terancam.
Sepuluh wakil rakyat yang tidak menghadiri sidang Dewan itu ialah ADUN Tepuh, Muhammad Ramli Nuh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).
Tindakan kesemua ADUN BN itu dipercayai mempunyai kaitan dengan SMS berbentuk ugutan yang diterima oleh tiga wakil rakyat BN iaitu Permaisuri, Paka dan Ajil malam semalam berhubung kemelut politik di negeri ini.
Malah Najib juga berkata, Ahmad juga ada memaklumkan beliau bahawa SMS yang dimaksudkan itu tidak berpunca dari pejabat beliau.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan pula berkata, polis sedang mengenal pasti individu yang menghantar SMS ugutan kepada tiga ADUN BN terbabit.
Beliau berkata, kes itu akan diberi keutamaan dan pihaknya akan menyelesaikannya secepat mungkin kerana ia melibatkan pucuk pimpinan negeri dan orang kenamaan.
"Perkara ini terlalu awal untuk diulas. Saya tidak boleh komen lagi kerana kes ini masih dalam siasatan," katanya di Kuala Terengganu.
Terdahulu juga di Kuala Terengganu, Ahmad memberitahu, beliau tidak terkejut dengan tindakan wakil rakyat BN itu dan tidak akan menghubungi mereka bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.
"Tidak hadir Dewan perkara biasalah bagi orang politik... saya tidak akan memujuk mereka supaya datang (esok)," katanya yang banyak mengelak soalan daripada wartawan.
Malah Ahmad juga berkata, beliau tidak tahu punca 10 ADUN BN negeri itu tidak menghadiri sidang DUN hari ini.
Katanya, beliau juga tidak mengetahui bahawa tiga ADUN BN telah menerima SMS ugutan yang mengancam nyawa mereka, malam semalam.
"Saya baru balik dari Kemaman kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.
"Saya tidak tahu perkara sebenar berhubung SMS dan tindakan 10 ADUN yang tidak menghadiri sidang Dewan hari ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang DUN berhenti rehat tengah hari ini.
Ditanya mengenai pegawai kanan kerajaan negeri yang dikaitkan dengan penghantaran SMS itu, Ahmad menyerahkan perkara itu kepada polis untuk mengambil tindakan selanjutnya kerana tiga ADUN berkenaan telah membuat laporan mengenai perkara itu-mstar

Durian Kijal

Sekarang pohon durian sedang berbunga dengan banyaknya..berdoalah semuga bunga-bunga ini akan berputik menjadi buah. kalu berbuah maka akan bertambahlah rezeki bagi penduduk kijal yang ada bukit..yang takdok bukit pun boleh juga merasa nya. kalu buah banyak maka harga pun tak lah jd mahal sangat.. org susah dan anak ramai pun boleh beli !! Kalu buah lekat kek gi, maka akan bermulalah aktiviti menebas. Boleh doh asah parang atau lading slow-slow yang dah lama berkarat. Kepada mereka yang ada bukit, sama-sama lah kita berdoa semuga buah durian menjadi..aku ada bukit gok ni, lama tak makan durian buaya, globe, nasi kunyit dan susu..antara buah durian terkenal yang aku punya..hehehehe

Terkini: Ikan Ebek Mengamuk

Kijal: Kepada kaki-kaki pancing seperti aku, pergilah memancing di pantai Kijal kerana ikan ebek sedang mengamuk !! pakai je umpan udang..pasti akan dibahang dek ikan ebek..Insya Allah. Antara lubu-lubuk ebek ialah:
Kuari Teluk Kalong
Pantai Penunjuk
Pantai Kg Tengah
Pantai Kg Che Wan
Jeti Awana
..Kt jeti Awana kalu g pagi tu kena g awal sikit sebab org ngaik ramai sangat..tp hati-hati ketika meniti..takut jatuh dan lemas pulak..ok slamat memancing.

Kho berat: 10 Adun BN boikot sidang DUN

KUALA TERENGGANU: Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk 'boikot' sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi tadi kerana menerima SMS mengancam nyawa berhubung desas-desus usul mahu menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid berkata, mereka mengambil keputusan untuk tidak menghadiri sidang DUN jika keselamatan mereka tidak terjamin.Beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana beliau bersama ADUN Paka dan Permaisuri telah menerima SMS berbentuk ugutan malam semalam, yang mengancam nyawa mereka.Selain Rosol, mereka yang tidak menghadiri sidang DUN ialah ADUN Tepoh Muhammad Ramli Noh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).Ketiadaan kesemua mereka pada sesi soal jawab pagi ini, yang dihadiri semua 10 anggota exco dan Menteri Besar, menyebabkan ia didominasi semua lapan ADUN dari PAS.Hanya tiga wakil rakyat BN yang kelihatan menghadiri sidang Dewan pagi ini.Pada sidang media di sini, Rosol yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu berkata, SMS yang dihantar oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu selepas disemak pada diari kerajaan negeri adalah serius kerana ia berbunyi: "Baik jangan teruskan niat Yb, YB tak sayang nyawa?.Kesemua ADUN berkenaan kecuali Idris hadir pada sidang media itu yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini.Rosol menambah, SMS ugutan itu dipercayai berkaitan dengan uraura kononnya ADUN BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar pada sidang DUN kali ini."Di sini saya ingin jelaskan bahawa kita tidak pernah berbincang, bertemu dan tidak pernah mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu (usul tidak percaya terhadap Menteri Besar)."Jadi saya tidak tahu di mana punca yang menyatakan bahawa akan berlaku undi tidak percaya pada sidang DUN kali ini," kata beliau dipetik Bernama.Dalam pada itu semasa sesi soal jawab itu, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (PAS-Ladang) turut bertanya kepada Yang Dipertua Dewan, Datuk Tengku Putera Tengku Awang mengenai ketidakhadiran ramai wakil rakyat BN itu.Tengku Putera menjawab beliau pun tidak mengetahui sebabnya mereka berbuat demikian dan akan mendapatkan penjelasan daripada kesemua wakil rakyat berkenaan."Apabila saya masuk Dewan, saya lihat kesemua mereka tiada di tempat masing-masing. Selepas ini, saya akan tanya mereka," katanya.- mstar
Read More...

Isu MB kite

PM dan TPM dah tahu lama hal ni...

Krisis yang berlaku di Terengganu telah diketahui oleh pucuk pimpinan tinggi negara kerana beberapa ADUN Barisan Nasional telah menemui mereka sejak awal minggu lalu.Difahamkan bekas pemimpin kanan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid bersama rombongannya telah menemui Datuk Seri Najib Razak pada 8 April, sehari sebelum perdana menteri mengumumkan barisan kabinet pertamanya.Pertemuan itu diadakan di kediaman rasmi timbalan perdana menteri, Seri Satria di Putrajaya.Manakala beberapa ADUN negeri itu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu.Menurut sumber, Najib ingin tahu mengapa wakil rakyat BN tidak suka kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Said. - malaysiakini
Read More...

Terkini: Isu di Terengganu.

Muhyidin Akan Temui MB Terengganu
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menemui Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said untuk mendapat gambaran sebenar mengenai kemelut politik yang melanda kepimpinan BN negeri itu sekarang."Sudah tentu saya akan jumpa menteri besar sendiri untuk mendapatkan gambaran mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita hari ini.Mengulas mengenai tindakan 10 ADUN BN Terengganu yang tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu hari ini, timbalan perdana menteri berkata: "Itu bukan boikot, tetapi tidak hadir".Penyokong kerajaan terbabit tidak hadir sidang DUN Terengganu - yang masuk hari kedua - selepas tiga daripada mereka menerimaSMS ugutan malam tadi.Berikutan itu, mereka membuat laporan polis mengenai ugutan tersebut - yang dipercaya merujuk kepada pembentang undi tidak percaya terhadap menteri besar - malam tadi.Mesej yang didakwa dikirim oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu, antaranya berbunyi "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".Bagaimanapun, timbalan perdana menteri berkata, beliau belum mendapat maklumat mengenai perkembangan lanjut isu di Terengganu itu.Prestasi MBBeliau juga mengakui ada menemui beberapa ADUN BN dari Terengganu beberapa hari yang lalu.education minister handing over 140409 muhyiddin yassin 05Muhyiddin bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai pertemuan tersebut."Kita tidak mahu perkara ini menimbulkan masalah. Kita akan selesaikan isu tersebut," katanya selepas majlis menerima tugas sebagai menteri pelajaran di Putrajaya hari ini.Ditanya sama ada isu tersebut ada kaitan dengan kemampuan Ahmad mentadbir Terengganu, dan apakah penilaian kerajaan pusat terhadap prestasi menteri besar itu, Muhyiddin hanya berkata:"Beliau menteri besar, dan beliau buat kerja kerja sebagai seorang menteri besar."Bagaimanapun, kata Muhyiddin, mungkin ada masalah dan isu-isu lain yang juga perlu dilihat.Beliau juga ditanya sama ada akan mengadakan pertemuan dengan empat ADUN BN Terengganu yang dikatakan datang ke Putrajaya untuk menemuinya hari ini.Muhyiddin berkata, beliau tidak boleh membuat sebarang keputusan sebelum mendapat maklumat mengenai perkembangan terkini di Terengganu.

Pemimpin di Kijal



Ahli Dewan Undangan Negeri

Y.A.B Datuk Ahmad bin Said
Beliau juga merupakan Menteri Besar Terengganu.
Berasal dari Kg Teluk Kalung.

Kilang atau tempat cari makan di Kijal

Kemaman Supply Base
Perwaja Malaysia Sdn Bhd
Tioxide (M) Sdn Bhd
See Seng Chemical Sdn Bhd
Malay Cino Chemical Sdn Bhd
Gunawan Iron Steel Sdn Bhd
Kemaman Bitumin Sdn Bhd
Petronas Export Terminal

Perkara/Tempat yang menarik di Kijal

Pantai Penunjuk
Pantai Senajang
Pantai Teluk Kalung
Puncak Bukit Kemuning
Sungai Kijal

Lemang Kijal
Musim durian Kijal

Awana Spa and Golf Resort

Pusat Pendidikan di Kijal

Terdapat beberapa pusat pendidikan di Kijal iaitu:

Sekolah kebangsaan Kijal di Kg Ibai
Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal di Kg Darat Air Puteh
Pusat Giat Mara di Kg Titian Berayung
Terengganu Advance Training University College di Teluk Kalung
Terengganu Safety Training Centre di Teluk Kalung

Penduduk Kijal

Penduduk Mukim Kijal adalah seramai lebih kurang 10,000 orang. 97% adalah Melayu manakala selebihnya adalah orang Cina..Pekerjaan: 40% bekerja disektor awam atau swasta, 30% bekerja sebagai nelayan, 20% bekerja sebagai petani dan 10 bekerja sendiri seperti berniaga, tukang rumah dan sebagainya. Keluarga kaum cina terdiri dari keluarga Behok, Awang Gemuk, Umar kedai kopi, Ati Cupu, Alek kedai runcit dan Boji kedai runcit..

Asal nama Kijal

Kijal-Ianya berasal dari nama sepohon pokok yang terdapat dikampung Darat Air Putih,Kijal..kiranya pokok ni dekat dengan kebun durian aku jugaklah. Pokok ni kalu ikut kata orang tua lah, ianya pelik sikit. Pokok nya amat tinggi dan daunnya tidaklah lebat mana. Kalu beruk panjat pokok ni dan nak ambik daunnya pun tak boleh. Silap buat beruk itu akan jatuh..Sebab itulah oleh kerana pokok ini pelik, jadi dinamakan kampung ini dengan nama KIJAL..sekarang pokok ini sudah tiada, yang ada hanya lah semak samun..

Orang Kijal-Tentang saya..

Assalamualaikum w.b.t
Saya adalah orang Kijal sejati. Dilahirkan,dibesarkan dan disekolahkan di Kijal. Kedua ibubapa saya juga berasal dari Kijal. Hampir 50% penduduk di mukim Kijal adalah saudara mara saya. Saya sudah berkahwin dan setakat ini mempunyai 5 orang anak. Saya dari kecil lagi telah didedahkan dengan kehidupan sebagai nelayan..saya tahu segalanya tentang apa itu "nelayan"..
saya kenal semua tauke-tauke ikan seperti Behok, Ati Cupu, Wan Nordin dan sebagainya..Saya sekarang bekerja sebagai pekerja kilang di sebuah kilang yang terdapat di teluk Kalung. Hobi saya ialah memancing..maklumlah anak nelayan katakan...

IKLAN

Pelaris orangkijal

Labels


 

Design by Amanda @ Blogger Buster